Ahli Syurga



Imam Ahmad meriwayatkan dari Muhammad bin Qais bin Ubadah, dia berkata, "Aku sedang berada di masjid. Tiba-tiba datanglah seorang yang di wajahnya ada tanda kekusyukan. Dia shalat dua rakaat secara singkat. Orang-orang berkata, 'Orang ini ahli surga.'

Setelah dia keluar, maka saya mengikutinya sampai di rumahnya, lalu aku ikut masuk kerumahnya. Kami bercakap-cakap, dan setelah akrab aku bertanya, 'Ketika engkau masuk mesjid, orang-orang mengatakan bahwa engkau ahli surga.' Dia menanggapi, 'Mahasuci Allah. Tidak selayaknya seseorang mengatakan sesuatu yang tidak diketahuinya.

Saya akan bercerita kepadamu mengapa saya demikian. Sesungguhnya aku bermimpi seolah-olah aku berada di taman nan hijau.'" Ibnu Aun berkata: "Orang itu menceritakan kehijauan dan keluasan taman.'Di tengah-tengah taman ada tiang besi. Bagian bawahnya menancap ke bumi dan bagian atasnya menjulang ke langit. Pada bagian tengahnya ada tali.

Tiba-tiba dikatakan kepadaku, 'Naiklah!'

Maka aku menjawab, 'Aku tidak bisa.'

Kemudian datanglah pelayan.'

" Ibnu Aun berkata, "Pelayan itu seorang pemuda. Pelayan menyingsingkan bajuku dari belakang seraya berkata, 'Naiklah!' Maka akupun naik hingga berhasil memegang tali.

Dia berkata, 'Peganglah tali itu.' Maka aku terbangun dan tali itu benar-benar ada ditanganku.

Kemudian aku menemui Rasulullah saw. dan menceritakan kejadian itu kepada beliau. Maka beliau bersabda, 'Taman itu melambangkan taman Islam, tiang itu melambangkan tiang Islam, dan tali itu adalah tali yang kokoh. Kamu akan senantiasa memeluk Islam hingga mati.'"

Hadis ini dikemukakan dalam shahihain. Orang itu adalah Abdullah bin Salam r.a.

Carilah Aset Di Dunia Untuk Guna Di Akhirat

Ramai yang bersungguh-sungguh mencari harta,
Kalau dia panjang umur
Untuk aset masa tuanya,
Dia tidak fikir kebanyakan manusia
Kalau masa tuanya akhirnya
Dia pun mati,

Keluarga satu sama lain curiga mencurigai
Kerana nak berebut harta orang tuanya,
Masa tuanya menunggu matinya sahaja,
Tenaganya sudah tidak bermaya,

Keluarganya terutama anak-anak dan isterinya
Sudah merebutkan hartanya,
Kalau orang tua lambat mati,
Anak-anak dan isterinya tidak hormati dia lagi,

Memikirkan orang tua ini lambat mati,
Hati-hati mereka hendak sangat orang tua ini cepat mati,
Supaya hartanya dapat diwarisi,
Satu sama lain sudah bermasam muka,

Satu sama lain sudah curiga mencurigai,
Ada anak-anaknya atau isteri-isterinya
Memujuk-mujuk bapanya atau suaminya,

Harta-harta itu namanya,
Setengahnya harta-harta itu diusahakan untuk namanya,
Menipu orang tua itu bermacam-macam cara,
Untuk jadi harta itu miliknya,

Jadi seorang yang meninggalkan harta,
Sebelum matinya, keluarganya sudah porak peranda
Kerana merebutkan hartanya,
Jadi orang yang meninggalkan harta sebelum matinya
keluarganya sudah porak peranda,

Satu sama lain sudah curiga mencuriga,
Orang tua itu dimusuhinya,
Perkara itu didengar oleh jirannya
Dan kawan-kawannya,

Kadang-kadang waktu matinya keluarganya
Merebut-rebutkan harta,
Mayat masih terbujur didepan mata,
Keluarganya hilang malu kepada orang
Yang menziarahi mayatnya,

Selepas mati dikebumikan,
Manusia balik, membawa cerita
Keluarga si mayat bergaduh sesama sendiri
Kerana merebut hartanya,

Itulah dia, seseorang waktu hidupnya
Tidak memberi ahli keluarganya Tuhan
Dan tidak mendidik ahli keluarganya, agama,
Di dunia lagi sudah terhina,
Betapalah selepas matinya,

Lebih-lebih lagi terhina yang berlama-lama,
Manusia yang cerdik menjadikan keluarganya
Terutama anak-anaknya aset masa depannya
Iaitu selepas matinya,

Bagaimana seorang yang cerdik
Yang menyimpan aset masa depannya?
Iaitu selepas matinya?

Mari kita dengar Nabi bersabda,
Untuk perhatian kita bersama:
“Setiap anak Adam terputus amalannya
Melainkan tiga perkara iaitu

Yang pertama: Amal jariahnya,
Yang kedua: Ilmu yang dapat dimanafaatkan oleh manusia,
Yang ketiga: Anak yang soleh yang mendoakannya”

Yang dimaksudkan amal jariah: harta yang kekal selepas
Matinya diwakafkan kepada Umat Islam untuk Islam,

Yang dimaksudkan ilmu yang mendapat manafaat untuk hidupnya,
Seseorang itu memberi ilmu kepada orang lain,
Selagi orang itu mengamalkannya,
Setiap amalan orang itu, dia mendapat pahala,
Sekalipun selepas matinya,

Yang dimaksudkan anak yang soleh yang mendoakannya
Kerana hasil didikannya,
Setiap yang diamalkan oleh anaknya
Atau anaknya mendoakannya
Dia mendapat pahala,

Itulah dia aset selepas mati
Yang ditunjuk oleh nabi kepada Umatnya,
Kalau begitu simpanlah aset
Tiga perkara yang diperkata,
Aset itu menyelamatkan kita diakhirat sana,

Keluarga kita tidak akan bergaduh
Kerana tiga perkara tadi,
Eloklah ambil peringatan pesanan Nabi.


Persinggahan Seorang Pejuang Islam Di Langkawi


Sentiasa berdiri teguh dan tetap istiqamah bersama - sama islam sepertimana bangunan yang di belakang gambar saya ini.


Sahabat yang dikasihi. InsyaAllah kita sama - sama terbang walaupun cabaran tinggi mengunung namun perjuangan ini harus diteruskan sehinggalah islam ditegakkan di muka bumi ini dan sampai akhir hayat kita.


Akan diri ini laungkan taringan yang lebih tajam dari laungan singa. Jika ada sesiapa yang menkianati islam dan yang memusuhi islam. Tak akan diri ini membisu buat kalian semua.


Semangat yang lebih mengunung dan sentiasa kukuh bagi meneruskan pejuangan yang bermatlamat Islam Mesti Didaulatkan Di Atas Bumi Ini.















Ikrar kami semua akan sentiasa berdiri teguh di bawah Kepimpinan Ulama Negeri Kelantan dan akan berkerja keras dan bersungguh - sungguh bagi memastikan Kerajaan Islam Negeri Kelantan dipertahankan di bawah pemerintahan Kepimpinan Ulama Kelantan walaupun darah dan nyawa kami gadaikan. Mati Syahid Cita - Cita Tertinggi Kami.

Menimba Ilmu Di Langkawi

Salam perjuangan dan salam ukhwah buat semua sahabat yang cintakan islam dan yang ingin menegakkan islam di muka bumi ini. Ucapan Alhamdulillah pembuka kalam dan ucapan Alhamdulillah sekali lagi kerana saya selamat sampai ke tanah air setelah menimba ilmu di Langkawi beberapa hari yang lalu. Saya bertolak hari sabtu malam ahad dari Machang jam 10.00 malam dan tiba ke tanah air pagi tadi jam 2.00 pagi. Penat belum reda lagi namun perjuangan ini harus diteruskan tanpa rehat yang panjang.

Saya ke Langkawi mengikuti program yang telah diaturkan oleh pihak Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan Dan NGO Negeri Kelantan. Program yang bermatlamatkan bagi memperkasakan lagi Kerajaan Islam Di Negeri Kelantan ini dan bagi melihat keharuman wangian islam yang sentiasa subur di Negeri Kelantan di pertahankan dan dijaga oleh semua lapisan masyarakat.

Kelantan di pimpin oleh YAB Tuan Guru' Dato' Hj Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar) dan kepimpinan beliau diterima oleh semua lapisan masyarakat. Kita sebagai pejuang islam haruslah menjaga Kerajaan Islam Negeri Kelantan ini agar syiar islam sentiasa mekar di Negeri ini dan menjadi penyuntik semangat buat sahabat - sahabat di negeri lain. Di sini ada beberapa gambar yang sempat diambil semasa menjalani program ini untuk kenangan buat selamanya.


Setelah berada di dalam bas dari Kelantan. Pihak kami di sambut oleh pihak tuan rumah Negeri Kedah di sebuah Sekolah Rendah Islam Darul Ulum.


Sempat mengambil gambar peribadi di hadapan sekolah yang akan melahirkan pejuang - pejuang dan pemimpin - pemimpin islam yang akan meneruskan bagi mertabatkan islam di muka bumi ini. InsyaAllah.




Pejuang - pejuang islam sentiasa istiqamah dalam perjuangan walaupun berbagai ujian dan cabaran yang sentiasa di hadapi dan di harungi.



Yang Berhormat Dr. Hj Hamdan Mohamad Khalib (Exco Kerajaan Negeri Kedah) menyambut kedatangan daripada rombongan pihak kami. Ukhwah mesti terjalin antara pejuang - pejuang islam agar pihak musuh tidak mengambil peluang daripada rangkaian ukhwah yang lemah. Akhirnya membawa padah kepada jemaah islam.

Halangan Dan Rintangan Dalam Perjuangan

MUQADDIMAH

Gerakan Islam kebelakangan ini menghadapi berbagai-bagai rintangan dan halangan yang perit di dalam perjuangannya.

Kita lihat sahaja apa yang berlaku kepada umat Islam di Algeria, Tunisia, Mesir, Palestin dan di merata tempat di pelusuk dunia ini umat Islam ditekan hebat oleh musuh-musuh Islam yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar dunia dan kuncu-kuncunya.

Ini merupakan suatu sunnah dan kita sebagai pejuang Islam perlulah melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal melanda umat di rantau ini.


SEPINTAS LALU TRIBULASI UMAT TERDAHULU

Secara ringkas dipaparkan di sini tribulasi umat terdahulu dalam perjuangan mereka sebagai renungan kepada kita bersama.

Di antara contoh-contoh tersebut ialah:

a) Nabi Ibrahim a.s. Tribulasi yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim a.s. tidak lain dan tidak bukan merupakan rentetan pertarungan antara kebenaran dan kepalsuan.

Kita lihat bagaimana Nabi Ibrahim bangun menentang dan melawan cara hidup jahiliyah tanpa mengira sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Maka berlakulah tentangan dan tekanan hebat daripada kaumnya sedangkan Nabi Ibrahim tanpa memiliki apa-apa kekuatan senjata dan kekuatan penyokong.

Kita lihat di sini bagaimana keimanan kuat Nabi Ibrahim memperjuangkan kebenaran, baginda dipulaukan oleh kaum keluarganya termasuk ibu bapanya sendiri.

Namun itu semua sedikit pun tidak mengubah pendiriannya dan memperjuangkan kebenaran.

Tekanan ke atas Nabi Ibrahim a.s. semakin hebat sehingga baginda dicampakkan ke dalam api yang marak menyala supaya mati terbakar hidup-hidup.

Baginda redha terhadap ujian Allah demi kesetiaan perjuangannya.

Akhirnya Allah memerintahkan api supaya menjadi sejuk sepertimana yang digambarkan melalui firmanNya yang maksudnya: “Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.” Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadika mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).” (Al-Anbiya’: 69 – 70)

Tentangan dan halangan yang dialami oleh Nabi Ibrahim berterusan melambangkan keutuhan dan kemantapan perjuangannya yang tidak kenal undur sehingga akhirnya Allah menjadikannya sebagai salah seorang rasulNya yang terpilih (ulu al-‘azmi).

Firman Allah swt yang bermaksud: “Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak telahpun dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).” (Al-Baqarah: 130)

b) Nabi Musa a.s. Ujian yang dihadapi dan diharungi oleh Nabi Musa a.s. bermula sejak bayinya lagi.

Sebagaimana yang kita tahu, sejarah perjuangan Nabi Musa a.s. dihiasi dengan suasana yang menyayatkan.

Ibunya terpaksa menyelamatkan baginda dari kekejaman Firaun dengan menghanyutkan baginda ke sungai.

Seterusnya ujian demi ujian berterusan dan semakin besar seiring dengan membesarnya Nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. tidak putus as dan tabah dalam memimpin satu bangsa manusia yang telah biasa tunduk dan memberi ketaatan total kepada raja mereka Firaun.

Baginda bukan sahaja berhadapan dengan rajanya yang zalim tetapi juga pembesar-pembesarnya yang tidak berperikemanusiaan dan suka menindas yang lemah.

Dalam suasana beginilah Nabi Musa a.s. diperintah supaya menyeru Firaun yang berada di puncak kezaliman supaya tunduk dan patuh menyembah Allah.

Sikap sombong dan angkuh Firaun telah disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran.

Di antaranya Allah menggambarkan keangkuhan dan kezaliman Firaun yang tiada tolok bandingnya dengan firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.” (Al-Qasas: 4)

Begitu kejamnya Firaun sehingga terkadang Nabi Musa a.s. sendiri merasa gerun dan gementar menghadapi tribulasi perjuangan dalam menentang Firaun.

Lebih-lebih lagi apabila perjuangan Firaun itu sendiri disokong oleh tukang-tukang sihir yang terkenal dan zalim.

Hal ini telah dirakamkan oleh Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. Kami berfirman kepadanya: “Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.” Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir, sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.” (At-Taha: 67 – 69)

c) Nabi Isa a.s. Tribulasi yang dihadapi oleh Nabi Isa a.s. sungguh hebat. Hebat atau tidaknya halangan-halangan yang dihadapi oleh baginda dapat kita lihat daripada mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya.

Bagaimana Allah mengurniakan kepadanya mukjizat-mukjizat besar yang menghasilkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa tetapi ini pun tidak memberikan kesan yang besar yang boleh diharapkan dari kaumnya.

Namun begitu Nabi Isa tidak berputus asa dalam perjuangan malah tabah dan sabar menghadapi tribulasi perjuangan walaupun dimaki hamun oleh kaumnya ketika menyampaikan seruan dakwah.

Nasihat dan pesanan Nabi Isa a.s. kepada pengikutnya dapat menunjukkan kepada kita betapa tabah dan cekalnya baginda dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.

Sebagai contoh, baginda pernah berkata kepada pengikut-pengikutnya: “Berbahagialah kamu jika mereka memaki hamun dan mengusir kamu dan mengatakan kepada kamu segala perkataan yang jahat lagi dusta keranaku…Bergembiralah kamu lantaran pahala kamu sangat besar di langit.

Begitulah para nabi terdahulu juga pernah diusir dan dikeji lantaran perjuangan mereka… Kemuncak kepada tribulasi perjuangan Nabi Isa a.s. adalah usaha untuk membunuhnya.

Namun, usaha tersebut gagal kerana datangnya pertolongan Allah menyelamat dan mengangkatnya ke langit.

Ini dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran dengan firmanNya yang bermaksud: “Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan : “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibn Maryam, Rasul Allah.” Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Nisa’: 157 – 158)

d) Nabi Muhammad s.a.w. Cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. juga tidak kurang hebatnya.

Bermula dari perang saraf hinggalah cubaan-cubaan untuk membunuhnya. Kita juga lihat bagaimana baginda bersama-sama dengan para sahabat baginda turun ke medan perang, berjihad mempertahankan aqidah sanggup mempertaruhkan nyawa dan mengorbankan harta benda semata-mata memperjuangkan ajaran yang suci ini.

1. Perang Saraf Dalam usaha untuk melumpuhkan daya juang Rasulullah s.a.w., kaum jahiliyah telah menggunakan segala taktik psikologi yang tidak ada langsung kesopanan.

Mereka menggunakan ejekan dan kejian serta mempersendakan Rasulullah s.a.w. supaya baginda akan patah semangat dan meninggalkan perjuangan. Ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, bagi kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebgaimana yang engkau katakana (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad) : “Maha Suci Tuhanku! Bukanlah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?” (Al-Isra’: 90)

Bila kerja-kerja itu gagal dan tidak dapat mematahkan semangat Rasulullah s.a.w., mereka menyebarkan fitnah bahawa Rasulullah s.a.w. ini sudah gila, ahli sihir dan sebagainya.

Tetapi itu semua menambahkan lagi semangat dan ketabahan Rasulullah s.a.w. terhadap perjuangan di mana akhirnya selepas itu orang-orang Arab jahiliyah berusaha untuk membunuhnya tetapi Allah s.w.t. memberi perlindunganNya dari usaha tersebut.

2. Peperangan Halangan-halangan terhadap usaha dakwah Rasulullah s.a.w. berterusan sehingga menghendaki Rasulullah dan para sahabatnya menggadaikan nyawa dan harta benda dalam meneruskan perjuangan bagi memastikan ‘survival’ ajaran Islam ini.

Dalam peperangan Uhud misalnya, bapa saudara Rasulullah s.a.w. turut terbunuh manakala Rasulullah sendiri luka-lika dan nyaris maut.

Peperangan in iturut menyaksikan kesetiaan dan pengorbanan para sahabat Rasulullah s.a.w. di saat-saat yang sangat mencemaskan seperti Abu Talhah r.a. dan Ziad bin Sakan r.a. yang menjadikan diri mereka sebagai perisai bagi melindungi Rasulullah s.a.w. dari terkena panah pihak musuh.

Begitu juga dalam peperangan lain kita lihat betapa hebatnya pengorbanan untuk memastikan Islam ini dapat terus berkembang dan menewaskan penghalang-penghalang kepada perkembangannya.

3. Halangan-halangan Terhadap Kerja Dakwah Di dalam kehidupan pendakwah terdapat banyak halangan dan rintangan yang menggugat nasib pejuang-pejuang Islam.

Tetapi persediaan yang baik, dan bimbingan yang betul berserta dengan sikap yang berhati-hati dapat menjaga dan memelihara pekerja-pekerja dakwah dari penyelewengan dan terjerumus ke lembah kehancuran dan dalam waktu yang sama melalui proses masa dapat menyediakan pekerja-pekerja dakwah ini tahan menghadapi ujian dan cabaran serta matang di dalam melakukan tindakan dan berfikir.

Sebenarnya, masalah utama yang dihadapi oleh pendakwah masa kini ialah soal ketahanan jiwa untuk menghadapi segala macam cabaran di dalam perjuangan.

Satu perkara yang mesti kita faham, bahawa segala idea atau kefahaman hanya akan tinggal sebagai slogan dan teori kosong selagi nilai dan kefahaman itu tidak dijelmakan ke dalam kehidupan seharian.

Apa yang lebih menyulitkan para pendakwah masa kini ialah mereka sedang hidup di dalam suasana apa yang boleh kita sebut sebagai jahiliyah moden, di mana kehidupan masyarakat kini jauh menyimpang dari Islam itu sendiri yang mana material menjadi ukuran.

Masyarakat yang hidup dengan perkara-perkara terlarang dan merosakkan menjadi simbol kepada kemajuan dan tamadun sementara sikap wara’ dan kehidupan beragama dianggap sebagai ekstrim dan melampau malah di sesetengah negara mereka dilabelkan sebagai usuliyun mutatorrifun (puak pelampau).

Oleh sebab itu, sekiranya para pendakwah sendiri tidak mempunyai aqidah yang teguh, budi pekerti yang luhur, kesungguhan yang kental, tidak bersungguh-sungguh memuhasabah diri, lali dari mengingati dan bertawakal kepada Allah serta tidak wara’ daripada mengerjakan perkara-perkara yang meragukan, begitu juga kalau mereka ini tidak bersungguh-sungguh salam mengerjakan ibadah maka sudah pastilah mereka ini juga boleh mendapat jangkitan dari penyakit-penyakit jahiliyah moden yang sedang dan telah merebak ke dalam masyarakat Islam.

Secara ringkasnya dikemukan di sini halangan-halangan pada kehidupan pendakwah dan secara langsung merupakan rintangn dan halangan terhadap kerja-kerja dakwah.

HALANGAN PERTAMA :WANITA

Dalam kehidupan pendakwah malah manusia umumnya, wanita amat memainkan peranan penting. Wanita boleh membawa nikmat atau sumber yang membawa padah.

Dalam kehidupan pendakwah terdapat kedua-dua gambaran ini. Ada pendakwah yang selepas berkahwin menjadi semakin baik Islamnya, semakin kukuh pendiriannya dan bertambah baik komitmennya dan sumbangannya terhadap kerja-kerja dakwah.

Sebaliknya, ada yang terus merosot selepas berkahwin dan ada pula yang rosak perangainya bahkan ada juga yang terus hilang dari pentas dakwah.

Kesemuanya ini ada sebab dan munasabah. Kegagalan ini berlaku tidak lain adalah kerana pembentukan keluarga yang bakal dibuat mengambil kira lunas-lunas yang telah ditentukan oleh Islam serta mengabaikan tuntutan perjuangan dan medannya yang panjang di mana ia memerlukan kepada sumbangan yang berterusan dari tenaga-tenaga pejuang.

Oleh itu, kegagalan para pendakwah di dalam perkahwinan mereka adalah lantaran mereka terpengaruh dengan perkara lahiriah semata-mata dan lupa tentang matlamat utama perkahwinan itu.

Di sini digariskan prinsip-prinsip utama perkahwinan itu:

1. Mempunyai Niat Yang Baik Islam menghendaki agar tujuan perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama.

Ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Anas bin Malik r.a.., telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah seorang perempuan yang soleh, maka sesungguhnya ia telah dapat menolongnya menyempurnakan separuh dari agamanya.

Maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam separuh lagi.” (Riwayat al-Tabrani) Dalam hadith yang lain pula Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a., telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Apabila seseorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam separuh lagi.” (Riwayat al-Tabrani)

Begitu juga Islam mahukan perkahwinan itu, menjadi facktor utama di dalam memelihara kemurniaan jiwa dan kesuciannya.

Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Hadis Abdullah bin Mas’ud r.a.: Diriwayatkan daripada Alqamah r.a. katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Uthman r.a. yang kemudian menghampiri Abdullah r.a.

Setelah berbincang beberapa ketika, Uthman r.a. bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukan aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah.

Mendengar tawaran itu Abdullah r.a. menjawab: apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin.

Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.”

Selain itu, Islam mahukan perkahwinan itu untuk membangunkan keluarga Islam bagi menjadi asas yang kukuh dalam pembangunan masyarakat Islam.

Ini merupakan impian setiap mukmin yang mahukan keluarga yang baik dan penyenang hati, sebagaimana yang digambarkan oleh Allah s.w.t. dengan firmanNya yang bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Al-Furqan: 74)

Namun begitu, jika sekiranya seseorang itu berkahwin kerana semata-mata kerana ingin memuaskan keinginan seks, maka kehidupan seks itulah yang akan menjadi ibadatnya dan menjadikannya tenggelam di dalam kehidupannya itu.

2. Pemilihan Yang Baik Perkara kedua di dalam soal ini ialah Islam menekankan supaya kita membuat pemilihan yang baik.

Pemilihan ini adalah suatu factor utama yang dapat membawa kepada pasangan yang berkahwin itu hidup secara Islam di samping merupakan faktor yang boleh membawa kepada kemesraan dan keserasian di antara kedua-dua pasangan berkenaan.

Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan bahawa terdapat empat perkara yang dijadikan asas kepada pemilihan pasangan iaitu agama, keturunan, kecantikan dan kekayaan.

Namun, pemilihan di atas dasar agama adalah yang mesti diberikan keutamaan.

3. Peribadi Suami Sebagai Asas Islam mengingatkan para suami supaya jangan terlalu mengikut kemahuan isteri demi menjaga kewibawaan dan ketuanan seorang suami di dalam rumahtangga.

Kerendahan peribadi suami (pada pandangan isterinya) boleh membawa kepada keruntuhan rumahtangga bersama para anggotanya.

Oleh itu, Imam al-Ghazali menasihatkan para suami dengan katanya: “Diri perempuan itu mengikut keadaan dirimu.

Jika engkau lepaskan sedikit tali penambatnya, ia akan membawamu pergi jauh. Jika engkau kendurkan sejenak kekangnya dan memegangnya dengan kemas di waktu yang perlu maka engkau akan dapat memenanginya.”

Oleh sebab itu, peribadi suami memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan berumahtangga.

Pihak suami hendaklah bersikap bijak dalam menyelesaikan segala permasalahan dengan neraca Islam. Saidina Umar r.a. pernah berkata: “Lawanlah kemahuan wanita itu kerana pada demikian itu ada berkatnya.”

HALANGAN KEDUA : KEDUNIAAN

Halangan seterusnya kepada para pendakwah ialah pengaruh dan tarikan keduniaan.

Dalam hal ini, Islam mengemukakan beberapa metod bagi membentuk penganutnya supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu daya keduniaan.

Cara-cara tersebut adalah: Pertama Islam menjelaskan bahawa kedudukan dunia itu jika dibandingkan dengan akhirat adalah sangat kerdil sebagaimana dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran yang maksudnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad) : Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya).” (Al-Nisa’: 77)

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersama-sama sahabatnya melalui suatu bangkai seekor biri-biri.

Bagi menjelaskan hakikat dunia ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Daripada al-Mustaurid bin Syaddad katanya : “Aku berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melalui suatu bangkai seekor biri-biri, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah kamu berpendapat bahawa biri-biri itu telah menjadi hina dan tidak berharga lagi bagi tuannya?”

Lalu para sahabat menyahut: Di antara bukti kehinaannya ialah mereka telah membuangnya wahai Rasulullah.

Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya dunia ini lebih hina daripada kehinaan bangkai kambing biri-biri ini pada tuannya.” (Riwayat al-Tirmizi).

Kedua Islam mengingatkan supaya tidak menjadikan dunia sebagai punca persaingan di antara sesama manusia.

Oleh itu Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “ Diriwayatkan daripada Umar bin Auf r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke Bahrain.

Dia pergi ke Bahrain untuk mengambil jizyah ahli Bahrain kerana Rasulullah s.a.w. telah membuat perjanjian dengan penduduk Bahrain.

Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan Al-A’la bin al-Hadhrami untuk mengutip jizyah dari penduduk Bahrain.

(Selepas itu) Abu Ubaidah pulang dari Bahrain dengan harta jizyah.Orang-orang Ansar telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah maka mereka (orang-orang Ansar) datang bersembahyang Subuh bersama Rasulullah s.a.w.

Selesai sembahyang, Rasulullah s.a.w. berpaling menghadap rombongan. Mereka menyerahkan wang kutipan jizyah kepada baginda. Rasulullah s.a.w. senyum ketika melihat ahli rombongan tersebut, kemudian baginda bersabda: Aku kira kamu semua (orang Ansar) telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah dari Bahrain membawa sesuatu.

Mereka menjawab: Memang benar wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Maka beritahulah khabar gembira ini dan bercita-citalah apa yang menggembirakan kami (dengan wang ini).

Demi Allah! Aku tidak takut kefakiran menimpa kamu semua akan tetapi aku amat takut apabila dunia dihampar di hadapan kamu (diberikan kemudahan memiliki nikmat dunia) sebagaimana yang telah diberikan kepada mereka sebelum kamu lalu kamu berlumba-lumba untuk memilikinya sebagaimana mereka.

Dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana ia menghancurkan mereka.”

Ketiga Islam mengingatkan supaya kecintaan terhadap dunia jangan menguasai hati sehingga ianya menyibukkan seseorang dengan keduniaan dan menghalangnya dari mencari bekalan untuk akhirat.

Oleh itu Islam menggalakkan kezahidan terhadap dunia serta membebaskan diri daripada ditawan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang cinta kepada dunia dan seronok serta leka kerananya, maka hilanglah daripada hatinya rasa takut kepada akhirat.”

Tetapi maksud dan falsafah kezahidan bukan bererti Islam menyekat seseorang daripada berusaha, bekerja dan membangunkan dunia ini sebagaimana yang difahami oleh sesetengah orang, tetapi yang sebenarnya kezahidan itu adalah cuma untuk memelihara kita daripada menyembah dan tunduk kepada lambaian dunia.

Sebab itu, apabila Rasulullah s.a.w. ditanya tentang hakikat kezahidan itu, baginda bersabda yang maksudnya: “Bukanlah kezahidan itu dengan mengharamkan perkara-perkara yang halal dan tidak pula mengsia-siakan harta benda.

Tetapi kezahidan terhadap dunia itu adalah bahawa kamu lebih mengutamakan apa yang ada ditangan Allah daripada apa yang ada ditanganmu.”

Begitu juga sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ahmad sewaktu seseorang menyoal tentang zahid: “Adakah seseorang itu zahid sedangkan ia memiliki seribu dinar?”Jawab Imam Ahmad: “Ya”. Lalu ditanyakan lagi kepadanya:

“Jadi apakah bukti kezahidan? “Jawab beliau: “Buktinya ialah jika bertambah hartanya ia tidak bergembira dan jika berkurangan pula ia tidak berdukacita.”

KESIMPULAN

Halangan-halangan yang dinyatakan di atas menyebabkan terdapat di kalangan yang terlibat dengan kerja-kerja Islam meninggalkan medan dakwah.

Secara ringkasnya boleh disimpulkan seperti berikut :

a) Tidak Tahan Menghadapi Ujian Ujian dalam kehidupan pendakwah adalah besar yang memerlukan banyak pengorbanan.

Oleh itu, ramai orang yang meninggalkan medan ini kerana tidak sanggup menanggung ujian ini, walaupun dahulunya ianya begitu bersemangat.

Al-Quran menjelaskan ujian ini pasti berlaku demi untuk menguji keyakinan dan keimanan seseorang hamba Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Alif, Laam, Miim.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman! Sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al-Ankabut: 1 – 2)

FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (Muhammad: 31)

b) Tidak Tahan Terhadap Tekanan Keluarga Tidak tahan dengan tekanan keluarga dari ibu bapa, anak dan isteri menyebabkan pendakwah meninggalkan medan.

Seringkali keluarga menakut-nakutkan mereka tentang nasib buruk yang bakal dialami.

Terdapat pula ibu bapa yang menghalang anak-anaknya terlibat dalam kerja-kerja Islam, malah sebaliknya menggalakkannya terlibat dalam perkara-perkara mungkar.

Dalam keadaan yang lain pula ada di kalangan mereka yang menyekat memberi bantuan kewangan supaya anaknya meninggalkan jalan Allah s.w.t.

Dalam hal ini Allah s.w.t. memberi amaran supaya jangan tunduk terhadap tekanan dan desakan keluarga supaya meninggalkan jalan Allah s.w.t. malah terus kekal berjuang dan berjihad pada jalanNya sepertimana firmanNya yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (Al-Taubah: 24).

c) Tidak Tahan Kepada Tekanan Persekitaran Halangan-halangan persekitaran juga banyak menjadikan pendakwah berundur dari medan.

Kadang-kadang seseorang dibesarkan di dalam persekitaran yang mengambil berat soal agama dan penghayatannya.

Tetapi mungkin apabila mereka berpindah ke persekitaran baru samada kerana belajar, bekerja dan sebagainya lalu ia persekitaran barunya itu penuh dengan perkar-perkara jahat dan penuh dengan daya tarikan jahiliyah.

Maka, di sinilah bermulanya pergolakan di dalam jiwanya samada ia akan terpengaruh atau sebaliknya.

Terdapat beberapa factor yang menyebabkan seseorang itu tewas dalam menghadapi tekanan-tekanan tersebut:

• Mungkin asas pembentukannya tidak betul, seperti ianya mempunyai kegoncangan dan keraguan di dalam aqidahnya.

• Boleh jadi iltizamnya di dalam arena dakwah selama ini disebabkan oleh malu dengan keadaan sekitar ataupun hanya iltizam ikutan, bukan berdasarkan kepada iman yang benar-benar yakin.

Oleh itu, apabila ia berpindah ke persekitaran yang lain maka hilanglah iltizamnya kerana factor-faktor yang mendorongnya ini tidak ada lagi.

• Boleh jadi dia sendiri enggan melibatkan diri dalam kumpulan dakwah dalam persekitaran kedua di mana ia lebih suka menggabungkan diri ke dalam kumpulan jahiliyah.

Ia sangat merbahaya kerana mungkin menggugurkannya terus dari medan dakwah dan tidak mendapat inayah dari Allah s.w.t.

d) Tekanan-tekanan Dari Gerakan Lain Antara faktor yang juga menjadi halangan kepada pendakwah ialah tekanan-tekanan dari gerakan-gerakan lain yang bertopengkan Islam.

Ini ditambah lagi dengan serangan dari gerakan atau pertubuhan secular yang sememangnya jelas memusuhi dan sangat anti kepada perkembangan dakwah.

Gerakan yang bertopengkan Islam tersebut kerjanya hanya mengkritik dan menimbulkan keraguan kepada pendakwah dengan tujuan menghancurkan gerakan Islam di atas nama Islam.

Oleh itu, kemunculan pelbagai kumpulan amal Islami tidak boleh dianggap sebagai satu amalan yang sihat kerana ia boleh menyebabkan persengketaan sesama sendiri dan mengalihkan tugas sebenar ke suatu tugas yang lain iaitu mempertahankan diri dari serangan gerakan lain. Jadi kerja-kerja yang dilakukan oleh kumpulan ini adalah suatu kerja yang tidak berfaedah selain menyebabkan lebih ramai orang meninggalkan kerja-kerja Islam, di waktu yang sama mereka melegakan musuh-musuh Islam kerana kemenangan kepada Islam semakin lambat.

Demikianlah secara ringkas halangan-halangan di dalam perjuangan dakwah. Semoga ia menjadi titik renungan kita bersama dan menjadikannya sebagai sempadan dan berwaspada terhadap cabaran-cabaran itu.




Menahan Lapar Semalaman Kerana Menghormati Tetamu


Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku ?"

Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahwa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."

Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahwa saya tidak makan bersama-samanya."

Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)


Memahami Perjuangan Islam

MUQADDIMAH

Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasi pihak-pihak yang menentangnya.

Oleh kerana perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan Islam itu menggambarkan betapa unsur perlawanan dn persaingan adalah satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dah dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada.

Mahu tidak mahu, setiap muslim terpaksa menghadapi realiti perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang.

Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan dan ujian.

PERJUANGAN DAN JIHAD

Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Jihad adalah kata terbitan (masdhar) yang berasal dari perkataan jahada bererti bersungguh-sungguh dan berpenatan mengerjakan sesuatu. Jahada pula bererti memerah tenaga. Jahada al-‘aduw bererti memerangi musuh.

Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. Al-Jihad menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama.

Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak risiko adalah peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

Maksudnya:

Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.”

Sebab itulah kebanyakan pentakrifan jihad pada zaman silan lebih merujuk kepada aspek peperangan.

Contohnya, ulama’ Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam.

Manakala ulama’ Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.

Imam Hassan al-Bana pula menyatakan bahawa:

“Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesam manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.”

Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam juga merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke merata tempat di serata pelusuk dunia.

Lalu, di dalam usaha berdakwah itu,mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datang dari kebanyakan orang- orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam.

Di dalam suasana ini, timbul perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancaman dari musuh dakwah.

Namun dalam konteks zaman mutakhir ini, perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad, merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja.

Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam dengan saluran pilihanraya, penulisan dan sebagainya.

Pokoknya, di dalam usaha tersebut pada sepanjang zaman, mereka akan menghadapi cabaran dan tentangan dari musuh yang merupakan sebahagian dari ujian Allah s.w.t. Cabaran dan tentangan tersebutlah yang melahirkan reaksi dalam bentuk perjuangan.

AQIDAH ASAS PERJUANGAN

Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan aqidah adalah bersifat menyeluruh dan evergreen.

Perjuangan yang berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar tauhid.

Kalimah syahadah La ilaha illa Allah yang menjadi tema tauhid itu sendiri adalah suatu cetusan revolusi atau perubahan besar -besaran di dalam jiwa dan kehidupan manusia kerana ia bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah tertinggi yang disrahkan hanya kepada Allah.

Ia adalah cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi yang telah merampas suatu sifat khusus Tuhan yang utama iaitu menentukan perjalanan dan peraturan hidup manusia . Islam adalah revolusi terhadap kenyataan hidup yang bersandarkan kepada rampasan hak Tuhan itu dan juga merupakan suatu pukulan maut ke atas sebarang peraturan dan kekuasaan yang tidak diredhai Allah.

Sebaliknya Islam menuntut manusia tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. selaras dengan pengertian kalimah Islam sendiri.

Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi di dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini Syed Qutb menyatakan:

“Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada.”

Ibn Taimiyah pula menyatakan apabila ucapan La ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yang sebenar,jadilah orang yang mengucapkannya itu ahliNya dan tergolong dalam golonganNya (golongan Allah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuhNya dan orang-orang yang dimurkaiNya.

Risalah Islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh para nabi itu sendiri bersifat menyeru kepada Allah dan menentang taghut iaitu segala perkara atau sembahan yang bersifat merampas hak-hak ketuhanan sama ada dari sudut ibadah, undang-undang dan pemerintahan. Dalam perkara ini, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Nahl ayat 36 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.”

Peranan utama para rasul yang diutuskan Allah adalah membawa petunjuk kepada hambaNya. Ia terdiri dari dua perkara penting yang saling perlu-memerlukan dan menyempurnakan di antara satu sama lain iaitu:

• Menyeru supaya beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Esa

• Menyeru supaya menjauhi taghut

Jelas bahawa seruan Islam bukan setakat mengajak kepada kebaikan dengan menyembah Allah dan mentaatinya, tetapi dalam masa yang sama hendaklah menjauhi dan menentang taghut.

MATLAMAT PERJUANGAN ISLAM

Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariatNya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya: Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu Arab desa datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.” (Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. sendir menuntut agar agamaNya ini siletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah s.a.w. kepada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dialah (Allah) yang telah mengutus rasulNya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkanNya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.” (al-Saff : 9)

Al-Maududi menyatakan:

“Sebagaimana halnya dengan din-din lainnya, din Allah ini juga menuntut bahawa seluruh wewenang mesti diserahkan kepadaNya semata-mata. Sedangkan semua din yang berlawanan dengannya mesti ditundukkan. Kalau tidak, ia akan dapat menuntut kepatuhan rakyat, kerana dalau din ini telah berlaku, maka tidak akan ada lagi din kerakyatan, kerajaan atau din kaum komunis.”

Tuntutan ini tidak bererti bahawa Islam bertindak memaksa manusia memeluk Islam dan menghapuskan terus ajaran lain secara kekerasan kerana kekerasan dan paksaan tidak akan menghapuskan apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia. Ini dijelaskan dalm konsep dan etika peperangan dalam Islam antaranya ialah larangan manakut-nakutkan orang ramai,melampau, membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua yang sudah kabur pandangan, paderi-paderi, penjaga gereja, membakar pokok dan membunuh haiwan tanpa maslahah. Demikian juga difahami dari ayat ke 40 Surah al-Hajj:

Maksudnya: “Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah .”

Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekuasaan pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara rela. Firman Allah s.w.t. Surah at-Taubah, ayat 40:

Maksudnya:

“Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah orang-orang tinggi.”

Tuntutan menzahirkan agama ini dijelaskan sehinggalah dalam soal peperangan. Tujuan peperangan dalam Islam sendiri adalah untuk memastikan bahawa Islam menjadi penentu dalam percaturan politik dan hidup manusia. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

“Dan perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya menjadi semata-mata untuk Allah.” (al-‘Anfal : 39)

Menurut Saiful Islam, maksud dari perkataan ‘perangilah’ adalah agar kekufuran tidak melata dan agar din Allah di atas segala -galanya, sehingga din al-Islam ada di mana-mana.

PERJUANGAN TIDAK BERNOKTAH

Islam sentiasa menghadapi tentangan. Hasil daripada dua factor di atas, lalu timbul pula reaksi di kalangan manusia yang enggan tunduk kepada seruan dakwah Islam. Reaksi itulah yang menyemarakkan lagi pertentangan di antara Islam dengan musuh-musuhnya.

Contoh yang paling ketara daripada sirah Rasulullah s.a.w. ialah apabila baginda berdakwah dengan orang ramai tentang Islam supaya mengucap syahadah La ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi dari kalangan yang hadir berkata:

Maksudnya:

“Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang ‘ajam (bukan Arab).”

Peristiwa ini menggambarkan bahawa penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana ia telah berlaku ke atas nabi-nabi yang terdahulu. Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri.

Sebagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri ditentang bukan kerana peribadi baginda yang sudah terkenal sebagai al-Amin dan pernah diberi kepercayaan menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan Hajar al-Aswad dalam peristiwa banjir besar di Makkah sebelum kenabian baginda s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:

“Jihad itu berterusan sejak aku dibangkitkan sehingga umatku yang terakhir membunuh Dajjal.”

KONSEP KEMENANGAN

Kemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar ( haq) atau batil, pejuang itu muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain.

Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al- fawz, al-nasr dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza.

Kemenangan dengan istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan al-fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan al-nasr pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya.

A. Kemenangan di Dunia

Di dalam al-Quran, golongan yang memperolehi kemenangan dunia (al-nasr) ini disebut sebagai ghalibun dan dzahirun. Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang.

Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Contohnya, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Fath ayat 1:

Maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.”

Ulama’ sejarah menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran dari al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tatapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya. Kemenangan di dunia dapat dilihat dari beberapa aspek sebagaimana dinyatakan di dalam Surah al-Nur ayat 55:

Maksudnya:

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).”

Tiga bentuk kemenangan al-nasr yang dijanjikan itu adalah:

a) Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke atas negara atau wilayah dan memeang tampuk pimpinan.

b) Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya wewenang untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.

c) Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.

B. Kemenangan di Akhirat

Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sbenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam.

Allah s.w.t. menawarkan kemenangan di dalam firmanNya dalam Surah al-Saff ayat 10 – 12:

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.”

Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara:

a) Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat

b) Mendapat keampunan dari Allah s.w.t. atas segala dosa yang telah dilakukan

c) Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai

d) Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di yurga yang bernama ‘And

C. Kemenangan Adalah Janji Allah

Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim. Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 Surah al-Nur tadi dimulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan’, di mana kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya. Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad s.a.w., bahkan ia telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sejak zaman Nabi Daud a.s. lagi. Firman Allah s.w.t. dalam ayat ke 105 Surah al-Anbiya’:

Maksudnya:

“Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.”

Janji Allah s.w.t. ini disebut pula dalam hadith Rasulullah s.a.w.: Maksudnya:

Dari Tamim al-Dari katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan sampai urusan ini (agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di Bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran.” Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang Islam mendapat kebaikan, kemliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan, merasa kerdil dan membayar jizyah.”

Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia. Janji Allah dan RasulNya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan-pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga kurun ke-14 Hijrah.

D. Kemenangan Adalah Pertolongan Allah

Persoalan pokok dan perkara pnting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep-konsep agama, ideology dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah, Islam amat menitik-beratkan hubungkait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan.

Para pendukung perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendakiNya. Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 10 Surah Ali ‘Imran dan 126 Surah al-Anfal:

Maksudnya:

“Dan tiadalah pertolongan kecuali dari Allah.” (Al-Anfal: 126)

Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan. Allah s.w.t. mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan.

Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan.

Setiap pejuang Islam perlu menyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan bergantung kepada izin dan kehendak Allah. Bila-bila masa Dia boleh mengurniakan kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain.

Justeru, para pejuang Islam perlu mengambil berat hakikat ini agar kemenangan Islam itu dibina atas dasar kefahaman dan penghayatan Islam dalam mengisi kemenangan.

Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 26:

Maksudnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.”

Wacana Perdana


Juru Dakwah Yang Tidak Gentar


Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud menyebabkan bangkitnya kemarahan orang-orang badwi di sekitar Madinah untuk mencemuh dan mengungkit-ngungkit dendam lama yang sebelumnya sudah terpendam. Namun tanpa curiga sedikit pun Rasulullah memberikan sambutan baik atas kedatangan sekelompok pedagang Arab yang menyatakan keinginan sukunya hendak mendengar dan memeluk Islam. Untuk itu mereka meminta para jurudakwah dikirimkan ke kampung suku itu. Rasulullah s.a.w meluluskan. Enam orang sahabat yang alim diutus untuk melaksanakan tugas tersebut. Mereka berangkat bersama para pedagang Arab itu.

Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah kekuasaan suku Huzail, para pedagang itu tiba-tiba melakukan pengurangan atas keenam sahabat Rasulullah s.a.w, sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail. Keenam pendakwah itu dengan pantas menghunus senjata masing-masing dan siap mengadakan perlawanan, setelah insaf bahawa mereka tengah dijebak.

Para pedagang yang licik tadi berteriak, "Sabar saudara-saudara. Kami tidak bermaksud membunuh atau menganiayai kalian. Kami cuma mahu menangkap kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai budak belian. Keenam sahabat Rasulullah s.a.w itu tahu nasib mereka bahkan lebih buruk daripada terbunuh dalam pertarungan tidak berimbang itu. Kerana mereka segera bertakbir seraya menyerang dengan tangkas.

Terjadilah pertempuran seru antara enam pendakwah berhati tulus dengan orang-orang yang beringas yang jumlanya jauh lebih besar. Pedang mereka ternyata cukup tajam. Beberapa orang lawan telah menjadi korban. Akhirnya tiga sahabat tertusuk musuh dan langsung gugur. Seorang lagi dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua orang; Zaid bin Addutsunah dan Khusaib bin Adi.

Apalah daya dua orang pejuang, betapa pun lincahnya perlawanan merek, menghadapi begitu banyak musuh yang tangguh ? Selang beberapa saat sesudah jatuhnya empat sahabat tadi, kedua orang itu dapat dilumpuhkan dan belenggu. Lalu mereka diangkut menuju pasar budak di Makkah. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah. Ayah Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah majikan Bilal dan Amir bin Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada budak-budaknya. Bilal pernah disalib di atas pasir dan dijemur di tengah teik matahari dengan badan ditindihi batu. Untung Bilal ditebus oleh Saiyidina Abu Bakar Assidiq dan dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian terkenal sebagai sahabat dekat Rasulullah s.a.w. dan diangkat sebagai Muazin, tukang azan.

Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf berhadap-hadapan dengan bekas budaknya itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya dalam pertempuran yang sengit satu lawan satu. Adapun Khubaib bin Adi diambil oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan yang sama seperti maksud Shafwan membeli Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk membalas dendam kebencian mereka kepada umat Islam.

Maka oleh orang-orang Quraisy, Zaid diseret menuju Tan'im, salah satu tempat untuk miqat umrah. DI sanalah Zaid akan dijalani hukuman pancung, buatkan sesuatu yang ia tidak pernah melakukannya, iaitu terbunuhnya Umayyah bin Khalaf, ayahanda Shafwan. Menjelang algojo menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin Abu Sufyan bertanya garang, "Zaid bedebah, apakah engkau senang seandainya di tempatmu ini Muhammad, sedangkan engkau hidup tenteram bersama keluargamu di rumah ?"

Janganlah begitu," bantah Zaid dengan keras. "Dalam keadaan begini pun aku tidak rela Rasulullah tertusuk duri kecil di rumahnya."

Abu Sufyan menjadi marah. "Bereskan," teriaknya kepada algojo. Dalam sekelip mata, sebilah parang berkilat di tengah terik matahari dan darah segar menyembur keluar. Zaid bin Abdutsunah gugur setelah kepalanya dipotong, menambah jumlah penghuni syurga dengan seorang syuhada' lagi. Di hati Abu Sufyan dan orang-orang Quraisy lainnya timbul kehairanan akan kesetiaan para sahabat kepada Muhammad. Sampai tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum, "Aku tidak perna menemukan seorang yang begitu dicintai para sahabat seperti Muhammad."

Sesudah selesai pemancungan Zaid, datang pula rombongan lain yang menyeret Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang berlaku di seluruh Tanah Arab, kepada pesalah yang dijatuhi qisas mati diberikan hak untuk menyampaikan permintaan terakhir. Demikian juga Khubaib. Juru dakwah yang bestari ini meminta izin untuk solat sunnah dua rakaat. Permohonan tersebut dikabulkan. Dengan khusyuk dan tenang, seolah-olah dalam suasana aman tenteram tanpa ancaman kematian, Khubaib melaksanakan ibadahnya sampai selesai. Setelah salam dan mengangkat dua tangan, ia berkata, "Demi Allah. Andaikata bukan kerana takut disangka aku gentar menghadapi maut, maka solatku akan kulakukan lebih panjang."

Khubaib disalib dahulu lalu dihabisi sepertimana dilaksanakan ke atas Zaid bin Abdutsunah. Jasadnya telah lebur sebagaimana jenazah lima sahabatnya yang lain. Namun semangat dakwah mereka yang dilandasi keikhlasan untuk menyebarkan ajaran kebenaran takkan pernah padam dari permukaan bumi. Semangat itu terus bergema sehingga makin banyak jumlah pendakwah yang dengan kekuatan sendiri, atas biaya peribadi, menyelusup keluar-masuk pedalaman berbatu-batu karang atau berhutan-hutan belantara buat menyampaikan firman Tuhan menuju keselamatan .



 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates