JIHAD



Perkataan Jihad yang disebut di dalam al-Quran dan al-Sunnah tidak boleh diterjemahkan dengan perkataan Holy War (perang suci) semata-mata seperti seringkali difahami oleh Barat terhadap Islam lalu mereka menafsirkan secara ganas terhadap Islam dengan menuduhnya ekstremis, terroris dan seumpamanya. Islam adalah agama Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam termasuk hukumnya yang dianggap keras tetapi mengandungi cara dan hikmah yang membawa rahmat.

Perkataan Jihad daripada bahasa Arab yang menjadi bahasa al-Quran dan bahasa Nabi Muhammad s.a.w. Asal maknanya daripada segi bahasa ialah “Masyaqqah” yakni kesukaran. Adapun maknanya menurut istilah syarak ialah, mengerahkan segala usaha dan tenaga bagi menghadapi orang yang menentang agama Allah (orang-orang kuffar), dan dimasukkan juga menentang hawa nafsu, syaitan juga fasik. Menghadapi penentang agama Allah itu dengan jiwa raga, harta, fikiran, lidah dan hati. Menentang hawa nafsu itu ialah bersungguh-sungguh menuntut ilmu agama, beramal dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain. Menentang syaitan ialah menolak perkara yang syubahat (tidak jelas halal dan haramnya) dan kecenderungan hawa nafsu kepada kemungkaran kerana dihiasi oleh syaitan. Menentang hal bersangkutan fasik ialah dengan tangan, lidah, dan hati.

Jihad mempunyai takrif yang luas merangkumi segala aspek nikmat kurnian Allah yang disumbangkan untuk menegakkan agama Allah yang menyeluruh dalam diri manusia secara individu masyarakat dan negara. Nikmat Allah itu sama ada jasad dan ruh, harta dan tenaga. Agama Allah ialah Dinul Islam yang sempurna merangkumi segala aspek yang diajar dan dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w yang menerimanya daripada Allah. Bermula daripada Iman dan pengakuannya dengan Iqrar Syahadah dan menghayatinya dalam diri masing-masing, keluarga, masyarakat dalam segala aspeknya. 

Islam itu ditegakkan sehingga mengatasi segala ajaran yang lain di semua peringkat. Bermula daripada membentuk peribadi muslim yang hatinya diperintah oleh Islam dan hati pula mengarahkan seluruh fikiran dan anggota jasad supaya beramal dengan Islam, seterusnya melaksanakan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar dengan kesanggupan menghadapi segala cabaran mental dan fizikal. Jihad merangkumi penggunaan fikiran, tenaga, harta sehinggalah senjata mengikut keadaan dan cara penentangan dan cabaran yang dihadapi.

Jihad berlaku dalam diri sendiri untuk menentang hawa nafsu, kejahilan, dan segala sifat yang buruk untuk membentuk diri dengan iman dan Islam. Firman Allah:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang bermujahadah pada jalan kami, sesungguhnya kami akan tunjuk kepadanya jalan-jalan kami dan sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang melakukan kebaikan. (al-Ankabut: 69)

Jihad juga berlaku di dalam keluarga, kerana Rasulullah s.a.w tidak mengizinkan seorang sahabat yang mahu mengikutnya berperang kerana ibu bapanya memerlukan jagaannya, apabila Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya;

أَحَيٌّ وَالِدَاكَ؟ فَفِيهِمَا فَجَاهِدْ

Adakah kedua ibu bapamu masih hidup? Kepada kedua ibu bapamu hendaklah kamu berjihad (berbakti). (Riwayat al-Bukhari)

Jihad juga berlaku kerana menentang kemungkaran dalam masyarakat Islam sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w:

مَا مِنْ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللَّهُ فِي أُمَّةٍ قَبْلِي، إِلَّا كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُّونَ، وَأَصْحَابٌ يَأْخُذُونَ بِسُنَّتِهِ وَيَقْتَدُونَ بِأَمْرِهِ، ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بَعْدِهِمْ خُلُوفٌ، يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ، وَيَفْعَلُونَ مَا لَا يُؤْمَرُونَ، فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنَ الإِيمَانِ، حَبَّةُ خَرْدَلٍ

Tiadalah seseorang Nabi yang diutus oleh Allah sebelutnku, melainkan ada di sampingnya pengikut yang setia (Hawariyyun) dan para sahabat yang mengambil ajarannya dan mematuhi perintahnya, kemudian (setelah Nabi wafat) berlaku penyelewengan di kalangan mereka, ada orang-orang yang bercakap mengenai agama tetapi tidak beramal dengannya dan ada yang beramal dengan apa yang tidak diperintah oleh agama. Maka barangsiapa yang berjihad menentang dengan tangannya dia beriman, yang berjihad dengan lidahnya dia beriman dan yang berjihad dengan hatinya dia beriman dan tiada lagi iman selepas itu walaupun sebesar biji yang halus. (Riwayat Muslim)

Berjihad dengan tangan itu ditafsirkan juga dengan kuasa pemerintahan, kekeluargaan dan sebagainya. Berjihad dengan lidah ialah memberi nasihat dengan lisan dan tulisan. Benci dalam hati untuk orang yang tidak berkemampuan atau terlalu lemah imannya juga dikira jihad. Berjihad paling afdal ialah menasihati kerajaan yang zalim termasuk kerajaan Islam kerana sabda Rasulullah s.a.w:

أَفْضَلُ الْجِهَادِ، كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

Jihad yang paling afdal ialah menyatakan keadilan (kebenaran) kepada pemeritah yang zalim.(Riwayat Ibn Majah)

Jihad juga berlaku kerana menentang orang-orang bukan Islam yang menentang Islam atau menghinanya dengan hujjah atau menghalang dakwah, menzalimi penganut Islam dengan kekerasan sama ada di dalam tanah air sendiri atau di negara asing , atau menceroboh tanah air umat Islam atau kezaliman terhadap orang-orang yang bukan Islam seperti pencabulan terhadap hak kemanusiaan.

Setiap Jihad mempunyai cara hukum, akhlak yang mulia yang mempunyai perhitungan dosa dan pahala. Firman Allah:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan menasihati dengan cara yang baik, dan berhujjahlah dengan cara yang lebih baik. (al-Nahl: 125)

Hikmah itu ialah dengan menggunakan pendekatan yang paling sesuai dengan sasaran dakwah, latar belakangnya dan bentuk cabaran yang dihadapi. Hikmah juga memilih cara yang terbaik di antara yang terbaik, jangan mangambil yang kurang baik walaupun secara relatifnya adalah baik. Firman Allah:

وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلاَ تَعْتَدُواْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Dan perangilah orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas kerana Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (al-Baqarah: 190)

Uslub Dakwah dan Jihad

Para Nabi dan Rasul memulakan dakwah secara berdialog dan berpidato dengan bahasa sopan dan lembut. Nabi Nuh dan para Nabi yang lain menyeru kaum mereka dengan tutur-kata yang paling lembut. Mereka bersabar menghadapi kezaliman dalam masa yang terlalu panjang. Nabi kita Muhammad s.a.w memulakan dakwahnya secara seruan seorang demi seorang seterusnya dakwah dilakukan secara terbuka dengan pidato dan dialog. Allah memerintah baginda supaya bersabar menghadapi segala kezaliman walau pun ada di kalangan sahabat r.a yang mati dibunuh.

Apabila suara Islam tidak dibenarkan, dialog dan ucapan dilarang dan dihalang, bahkan mereka membuat keputusan untuk membunuh, maka Allah membenarkan hijrah. Para sahabat diizinkan berhijrah ke Habsyah, negeri penganut Kristian yang bertimbang rasa, seterusnya diwajibkan berhijrah ke Madinah apabila puak Aus dan Khazraj; dua qabilah yang paling berpengaruh dan kuat menganut Islam dan bersedia menyerahkan diri mereka, harta dan tanah air untuk ditegakkan negara Islam yang berdaulat. Allah mengizinkan dan mewajibkan berperang apabila dakwah dan penganut dihalang dan ditindas secara kekerasan. 

Perintah berperang disertakan dengan pelbagai hukum yang menghalang daripada melampaui batas terhadap mereka yang tidak terlibat dengan peperangan. Sirah Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa Jihad hendaklah dimulakan dengan dakwah secara lisan dan tulisan. Jihad bersenjata hanya dilaksanakan apabila Islam berdepan dengan kemuncak kezaliman, atau apabila haknya dinafikan dan pendukungnya diancam dengan kekerasan. Zaman Khulafa’ al-Rasyidin mereka meneruskan perjalanan jihad dan begitulah juga khilafah selepasnya, Kerajaa Umaiyyah dan Abbasiyyah yang berperang dengan beberapa bahagian dunia dalam masa yang sama meraka mempunyai hubungan damai dengan berberapa negara bukan Islam seperti China, di mana kedatangan Islam dikatakan terlalu awal di China telah wujud di dalamnya masyarakat Islam dan individu muslim yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan China.

Para ulama berkewajiban mengkritik pemerintah Islam yang zalim. Terdapat ramai ulama yang telah menunaikan kewajiban ini sehingga ada yang dibunuh seperti Said bin Jubair, Ahmad bin Noh, ada yang dipenjara seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal. Mereka berjihad dengan ilmu bagi membetulkan kesilapan Khalifah (pemerintah) dari segi hukum syarak dan pentadbiran. Pengorbanan memberi nasihat kepada pemerintah zalim dikira jihad paling afdal dan orang yang dibunuh kerana memberikan nasihat dianggap penghulu syuhada. Sabda Rasulullah s.a.w:

سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، وَرَجُلٌ قَالَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ، فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ

Penghulu Syuhada ialah Hamzah bin Abdul Muttalib dan (termasuklah) orang yang menghadapi pemimpin (kerajaan) dan dia menyuruhnya ( kepada yang baik) dan melarangnya (daripada yang mungkar) lalu dibunuhnya. (al-Hakim di dalam Mustadrak)

Umat Islam tidak dibenarkan memberontak mengangkat senjata selagi pemerintah Islam itu masih melaksanakan solat dan tidak berucap dengan kekufuran yang nyata. Para Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Wahai Rasulullah, apakah kami boleh melawan mereka (pemimpin yang zalim) dengan pedang (memberontak) atas hal itu?”

Baginda s.a.w menjawab:

لا، مَا أَقَامُوا فِيكُمُ الصَّلاةَ، إِلا مَنْ وَلِيَ عَلَيْهِ وَالٍ، فَرَآهُ يَأْتِي شَيْئًا مِنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ، فَلْيَكْرَهْ مَا يَأْتِي مِنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ، وَلا تَنْتَزِعَنَّ يَدًا مِنْ طَاعَةٍ

Jangan, selagi dia masih menegakkan solat bersamamu. Ketahuilah, sesiapa yang melantik seseorang sebagai pemerintahnya lalu dia lihat pemimpinnya itu melakukan maksiat kepada Allah, maka bencilah kemaksiatan tersebut dan jangan melepaskan ketaatan kepadanya. (Sunan al-Baihaqi)

Berkata Ibn Abi al-‘Izz al-Hanafi di dalam kitab Syarh al-Aqidah al-Tahawiyah:

وأما لزوم طاعتهم وإن جاروا فلأنه يترتب على الخروج عن طاعتهم من المفاسد أضعاف ما يحصل من جورهم ، بل في الصبر على جورهم تكفير السيئات ومضاعفة الأجور، فإن الله تعالى ما سلطهم علينا إلا لفساد أعمالنا، والجزاء من جنس العمل، فعلينا الاجتهاد في الاستغفار والتوبة وإصلاح العمل

Adapun wajib mentaati mereka walaupun berlaku zalim kerana memberontak dan keluar daripada ketaatan mereka (pemimpin seperti itu)membawa kepada kerosakan-kerosakan yang berganda berbanding kezaliman mereka, bahkan bersabar atas kezaliman mereka itu menghapuskan dosa-dosa dan menggandakan pahala kerana sesungguhnya Allah tidaklah menjadikan kekuasaan mereka atas kita melainkan kerana rosaknya amalan kita dan balasan itu setimpal dengan amalan maka wajib atas kita bersungguh-sungguh memohon ampun dan memperbaiki amalan.

Firman Allah:

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. (al-Syura: 30)

Ketika berdakwah, Rasulullah s.a.w melarang menggunakan senjata selagi ada kebebasan untuk berucap dan memberi nasihat masih dapat dicapai, walaupun menghadapi beberapa tindakan zalim selagi tidak diancam nyawa dan maruah dan ajaran Islam masih diizin untuk diamalkan. Rasulullah s.a.w sendiri pernah menulis surat kepada para raja dan pemimpin kaum mengajak mereka kepada Islam tanpa paksaan, mereka diseru supaya menerima Islam dengan sikap yang terbuka. Mereka yang menerima Islam terus mengekalkan jawatannya seperti Raja Habsyah, begitu juga mereka yang bersikap damai seperti musyrikin Khuza’ah, Kristian Najran dan lain-lain bahkan diharuskan bertahaluf (bekerjasama) dengan bukan Islam yang bersikap baik.

Peraturan Berkaitan Dengan Jihad

Jihad adalah wajib, secara fardu kifayah dalam keadaan biasa; yakni sekiranya ada sebahagian daripada kalangan umat, atau masyarakat Islam atau dalam negara Islam yang menunaikannva maka bermakna jihad telah ditunaikan, maka orang yang tidak menyertainya terlepas daripada dosa. Kadang-kadang dalam keadaan tertentu menjadikan hukum jihad itu fardu ain, yakni; wajib ke atas individu Muslim apabila Islam, umat dan tanah airnya dalam bahaya, musuhnya sudah berada di perbatasan tanah air Islam atau sudah mencerobohinya. Sabda Rasulullah s.a.w:

وَالْجِهَادُ مَاضٍ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، مُذْ بَعَثَ اللَّهُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى آخِرِ عِصَابَةٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Jihad itu berterusan sehingga hari Kiamat, sejak Allah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sehingga kumpulan terakhir daripada umat Islam. (Riwayat al-Tabarani)

Abu Bakar al-Sidiq r.a, Khalifah Islam pertama pernah menegaskan:

ما ترك قوم الجهاد إلا عمهم الله بالذل والفساد

Tiadalah sesuatu kaum yang meninggalkan Jihad melainkan Allah menurunkan bala yang menyeluruh ke atas mereka.

Islam memperuntukan hukum-hukum yang berkait dengan jihad, seperti syarat, rukun dan adab yang wajib ditunaikan. Bermula daripada pelaksanaan mengikut maknanya yang luas dan mengikut keperluan dan keutamaan, maka jihad tidak boleh terkeluar daripada takrifnya yang merangkumi jihad di dalam diri masing-masing; iaitu menentang hawa nafsu dan was-was syaitan yang menjadi penghalang jihad atau yang mendorong tindakan jihad yang melampaui batas. Cara pelaksanaan yang tepat mengikut keadaan, iaitu dengan lidah, tulisan sehinggalah menggunakan senjata apabila keadaan memaksa hal sedemikian.

Jihad mestilah dengan hati ikhlas, jangan memaksa orang lain supaya menganut Islam, jangan melampaui batas bila bereakap dan berhujjah, seperti menghina peribadi, keluarga dan kaum atau menggunakan bahasa yang kesat. Bersikaplah dengan sikap yang lembut dan sopan sebagaimana arahan Allah kepada Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s kepada Firaun agar menggunakan perkataan yang halus dan difahami. 

Walaupun umat Islam disyariatkan pada tahapnya untuk berperang, namun tetap diharamkan melampaui batas, seperti bertindak kejam melampaui had umpamanya menyincang orang yang sudah terbunuh, merobek muka, membunuh orang yang tidak terlibat dengan peperangan seperti paderi-paderi, sami-sami, kaum wanita, kanak-kanak, orang tua, orang yang uzur, juga mereka-mereka tidak terlibat dengan peperangan, seperti peniaga, petani, nelayan, tanaman, binatang ternakan dan sebagainya, walaupun dalam peperangan. Oleh kerana itu, Islam mengharamkan penggunaan senjata atom, nuklear; menyerang kawasan awam, hospital, sekolah, pasar dan sebagainya yang tidak menjadi tempat ketenteraan dan menghalang operasi ketenteraan di kawasan-kawasan berkenaan.

Islam tetap mengutamakan keamanan dan cara damai, maka wajiblah berdakwah, menyedarkan masyarakat, menegur dan memberi peringatan secara aman dalam negara demokrasi walaupun ada kelemahannya seperti peraturan dan undang-undang yang tidak munasabah lagi zalim seperti ISA, OSA, Akta Universiti, Akta polis dan sebagainya, hendaklah dihadapi dengan sabar dan bijaksana. Inilah Sunnah Nabi-Nabi dan Rasul yang telah saya tegaskan di atas.

Dalam mengambil pendekatan dan cara tersebut, PAS berjaya menyingkirkan mereka yang cuba menggunakan PAS atau memaksanya dengan cara lain, sama ada mereka keluar sendiri atau mereka dipecat. Apabila PAS berlandaskan Islam dengan menjadikan Islam hukum tertinggi, dan menjadikannya matlamat perjuangan, maka PAS menjadi sasaran musuh Islam. Umno yang salah dan keliru terhadap Islam seringkali mengeluarkan kenyataan yang sama dengan musuh Islam terhadap Islam secara jahil dan zalim seperti menafsirkan jihad dengan cara salah untuk dijadikan alasan bagi menghentam PAS sama ada secara sedar atau tidak.

Tuduhan-tuduhan buruk terhadap Islam kerana kefardhuan jihad adalah zalim dan sangat tidak tepat dengan hakikat sebenar. Sepatutnya mereka menyuluh diri sendiri dengan kenyataan sejarah dan semasa. Dalam dua perang dunia menunjukkan pencabulan hak asasi manusia dan tidak berperikemanusiaan. Revolosi Perancis, perang di Amerika, perubahan Raja di England, Revolusi Komunis di Soviet dan China, perang Vietnam, tiap-tiap peperangan tersebut yang mengorbankan berjuta-juta manusia.

Di Malaysia Umno yang menjadi tulang belakang BN memiliki rekod-rekod kekejaman dan kezaliman seperti pembunuhan pemimpin bahagian Umno kerana perkara dalaman di Negeri Sembilan, pemujaan di Pahang, dan PAS dalam Peristiwa Memali, Lubuk Merbau, Kampung Tok Dir. Sehingga ini mereka masih gagal untuk membuktikan bahawa PAS pernah melakukan keganasan, tuduhan kejam dan ganas tidak boleh dilakukan ke atas PAS dengan alasan adanya beberapa orang individu yang ditahan di bawah ISA tanpa perbicaraan di mahkamah. Umno juga pernah diresapi oleh anasir komunis dan sebagainya, sungguhpun demikian ia bukan bermakna Umno menganut komunisme kerana Umno mempunyai ideologi sendiri.

Parti Islam di negara lain pernah mengalami fitnah yang juga sangat zalim, seperti yang pernah dialami oleh Gerakan Ikhwan Muslimun di negara Arab. Di Mesir pihak media dan mahkamah mendedahkan merekalah yang merancang pembunuhan al-Syahid Hasan al-Banna kerana beliau membantu perjuangan Jihad di Palestin. Seorang anggota Dewan Revolosi Mesir, Kolonel (B) Khalid Mohyiddin mendedahkan akan peristiwa lakonan percubaan membunuh Presiden Jamal Abdul Nasir di tahun 60-an. Dalam peristiwa itu Presiden Jamal Abdul Nasir dipakaikan terlebih dahulu dengan baju kalis peluru dan ditugaskan seorang untuk menembak ke arah yang lain dan penembak tersebut disuruh mengaku penyokong Ikhwan. Beberapa senjata api sengaja di tanam di suatu tempat untuk dijadikan bukti supaya mereka dapat bertindak ke atas anggota Ikhwan Muslimun dan membunuh beberapa orang pemimpinnya. Di Iran pula polis Sabak (Polis Cawangan Khas) di zaman Shah Iran yang pro-Amerika meletupkan dan membakar panggung wayang dan pusat hiburan untuk memburuk-burukkan golongan-golongan Islam di sana. Padahal, sekalipun golongan Islam menentang hiburan dan maksiat, tetapi ia adalah haram untuk bertindak secara keterlaluan dan melampaui batas seperti merosakkan harta awam dan sebagainya.

Umno telah mengambil iktibar rancangan-rancangan yang jahat ini untuk memburukkan Islam dan mereka berjuang untuk menyalah-tafsirkan Jihad, memburukkan ulama dan memperlekehkan golongan dakwah melalui media dengan pelbagai kenyataan, mengait dan menggunakan istilah militan serta pelampau. Ada juga mereka yang tidak faham hukum Jihad atau sengaja mengelirukan apabila menafsirkan Jihad itu dengan hanya peperangan bersenjata sahaja dengan dalil perintah berperang di dalam al-Quran setelah berlakunya Hijrah dan mendirikan Negara Islam. Sebenarnya itu adalah fahaman yang salah kerana Allah telah menetapkan di dalam beberapa ayat yang diturunkan di Makkah, menyebut perkataan jihad, di antaranya ialah firman Allah dalam surah al-Furqan yang diturunkan di Makkah:

فَلا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا

Maka janganlah kamu mentaati orang orang kafir dan berjihadlah menghadapi mereka dengan jihad yang besar. (al-Furqan : 52)

Begitu juga dalam surah lain yang diturunkan di Makkah yang berkaitan dengan jihad. Di kala itu umat Islam tidak diizinkan berperang, maka Rasulullah s.a.w berjihad secara berdakwah, berpidato, berdialog dan memperdengarkan al-Quran yang terkandung di dalamnya perkara aqidah, kisah benar yang berlaku kepada umat silam dan peristiwa hari Kiamat yang akan berlaku. Penduduk Makkah dan kabilah Arab yang datang mengunjungi baginda telah menerima Islam dan meninggalkan kesesatan yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Hasil dari perubahan yang berlaku, Rasulullah s.a.w dan para Sahabat menghadapi tentangan yang hebat. Baginda dan sahabat menerimanya dengan sabar tanpa melakukan kekerasan dalam menghadapi tentangan tadi.

Syahid

Perkataan “syahada” dari segi bahasa Arab bermakna hadir, yang menyaksi dan yang disaksikan. Syahid adalah salah satu daripada Asma’ al-Husna dengan makna yang maha menyaksikan dengan amanah. Adapun istilah Islam ia bermaksud orang yang mati dengan mendapat jaminan saksi daripada Allah. Mereka yang mendapat kelebihan ini disebut di dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w, di antara mereka ialah mereka yang dibunuh di medan perang pada jalan Allah. Istilah para fuqaha secara khusus dikaitkan kepada orang yang mati pada jalan Allah dan dilakukan urusan jenazahnya secara khusus, kerana kelebihan perjuangan dan pengorbanannya pada jalan Allah.

Berdasarkan hadis-hadis yang saheh pula bahawa Syahid itu lebih luas daripada yang dihuraikan oleh para fuqaha sehingga disebut mereka yang mati kerana Allah dengan makna yang lebih luas dan dimasukkan juga orang yang ditimpa bencana kemalangan, sakit tertentu dan perkara-perkara ujian yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Di antaranya sabda Rasulullah s.a.w:

مَا تَعُدُّونَ الشَّهِيدَ فِيكُمْ؟ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي إِذًا لَقَلِيلٌ، قَالُوا: فَمَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَالْمَطْعُونُ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَالْغَرِيْقُ شَهِيْدٌ

Apakah kematian yang diiktibarkan sebagai Syahid di kalangan kamu? Mereka (para Sahabat) berkata: Sesiapa yang dibunuh pada jalan Allah, sabda Rasullullah s.a.w: Kalau begitu orang yang mati syahid di kalangan umatku sedikit sahaja. Mereka berkata maka siapakah mereka itu wahai Rasullullah? Sabda Rasullullah s.a.w: Sesiapa yang mati dibunuh dalam perjuangan menegakkan agama Allah ialah Syahid, sesiapa yang mati dalam keadaan menegakkan agama Allah ialah Syahid, siapa yang mati sakit taun ialah Syahid, sesiapa yang mati sakit perut ialah syahid, sesiapa yang mati tenggelam air ialah Syahid.  (Riwayat Muslim, al-Hakim dan al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w:

الشُّهَدَاءُ سَبْعَةٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ، وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ، وَالْحَرِقُ شَهِيدٌ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ

Orang-orang yang mati syahid itu ada tujuh (kriteria), selain mati dalam perjuangan fi sabililLah ialah orang yang mati sakit taun juga matinya syahid, orang mati ditenggelami air juga syahid, orang yang mati sakit paru-paru syahid, orang yang mati sakit perut syahid, orang yang mati kebakaran syahid, orang yang mati di bawah runtuhan syahid dan perempuan yang mati dengan anak kandungannya syahid. (Imam Malik di dalam Muwattha’)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan al-Nasa’ie dalam kitab Sunan al-Sughra:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ الرَّجُلُ: يَأْتِينِي فَيُرِيدُ مَالِي. قَالَ: ذَكِّرْهُ بِاللَّهِ. قَالَ: فَإِنْ لَمْ يَذَّكَّرْ. قَالَ: فَاسْتَعِنْ عَلَيْهِ مَنْ حَوْلَكَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ. قَالَ: فَإِنْ لَمْ يَكُنْ حَوْلِي أَحَدٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ. قَالَ: فَاسْتَعِنْ عَلَيْهِ بِالسُّلْطَانِ. قَالَ: فَإِنْ نَأَى السُّلْطَانُ عَنِّي. قَالَ: قَاتِلْ دُونَ مَالِكَ حَتَّى تَكُونَ مِنْ شُهَدَاءِ الْآخِرَةِ أَوْ تَمْنَعَ مَالَكَ

Seorang lelaki datang mengadap Rasullulah s.a.w lalu berkata: Bagaimanakah jika seseorang datang kepada saya mabukkan harta saya (dengan cara yang tidak. benar)? Sabda Rasulullah s.a.w: Peringatkan dia akan Allah. Katanya lagi: Jika dia tidak ingatkan Allah? Sabda Rasulullah s.a.w: Mintalah pertolongan kepada orang-orang Islam yang ada di sekelililingmu. Katanya lagi: Jika tidak ada orang-orang Islam di sekelililng saya? Sabda Rasullullah s.a.w: Mintalah bantuan daripada orang yang memerintah (kerajaan). Katanya lagi: Jika pemerintah menjauhkan diri dari saya (tidak bertindak) dan dia menceroboh saya? Sabda Rasulullah s.a.w: Tentanglah dia untuk mempertahankan hartamu supaya kamu menjadi di kalangan orang-orang yang mendapat syahid akhirat ataupun kamu berjaya mencegahnya dari menceroboh hartamu.

Sabda Rasulullah s.a.w:

عَذَابٌ يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ، وَأَنَّ اللَّهَ جَعَلَهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ لَيْسَ مِنْ أَحَدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ فَيَمْكُثُ فِي بَلَدِهِ صَابِرًا مُحْتَسِبًا يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا يُصِيبُهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ شَهِيدٍ

Azab yang dihantar Allah ke atas sesiapa yang ia menghendaki, maka Allah menjadikannya ia sebagai rahmat kepada orang-orang yang beriman, maka tiadalah seseorang yang menghidapi wabak taun maka dengan sabar dan penuh keimanan (terhadap ujian Allah) kekal menetap di negerinya dan dia meyakini bahawa tiada satupun musibah yang menimpanya melainkan menurut apa yang ditetapkan oleh Allah nescaya orang ini diberi kepadanya pahala Syahid. (Riwayat Bukhari)

Para ulama telah membahagikan syahid itu kepada tiga jenis iaitui (1) Syahid dunia dan akhirat; (2) Syahid akhirat; dan (3) Syahid dunia.

Syahid dunia dan akhirat ialah orang-orang yang beriman mati di dalam peperangan kerana menegakkan Islam dengan hati yang ikhlas, mayatnya tidak dimandikan dan hendaklah ditanam dengan pakaiannya yang berlumuran darah, sama ada ia mati dengan senjata musuh atau kesilapan senjata orang Islam atau kemalangan yang lain.

Syahid akhirat ialah orang yang beriman yang mati dengan sebab yang lain daripada peperangan Jihad atau di luar daripada medan Jihad kerana kecederaan, maka mayatnya diurus seperti mayat biasa.

Syahid dunia pula ialah orang-orang munafik yang mati di medan perang jihad, di mana urusan jenazahnya seperti orang mati syahid dunia dan akhirat, ada pun kedudukannya di sisi Allah hanya diketahui oleh Allah di mana dia tidak mendapat fadhilat syahid di alam barzakh dan alam akhirat.

Imam Nawawi r.hm telah menyebut tiga sebab mengapa dinamakan syahid:

  1. Kerana Allah dan Rasul-Nya menjadi saksi untuknya ke syurga.
  2. Kerana Syahid itu hidup di sisi Tuhannya.
  3. Kerana para Malaikat rahmat meyaksikannya ketika dicabut rohnya.
  4. Kerana mereka menjadi saksi ke atas umat manusia.
  5. Kerana disaksikan imannya dan dilahirkan akhir hayat yang baik.
  6. Kerana darahnya menjadi saksi.
  7. Kerana rohnya telah menyaksikan syurga.

Biodata Penulis

Y.A.B Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merupakan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau pernah memangku jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah tahun 1969-1973, kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah). Semasa di Timur Tengah, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Qudsi.

KE PASTI AR RAHMAN, KG BANDAR


Meluangkan Sedikit Masa Untuk Berkunjung Ke PASTI Ar Rahman, Kg Bandar Pulai Chondong,,,Lokasinya Yang Di Penghujung Sempadan Antara Parlimen Machang Dengan Parlimen Ketereh,,,Memiliki 2 Orang Guru,,,Kelasnya Di Tingkat Atas Bangunan Kedai,,,Diariku Seorang Pengerusi Jabatan PASTI Kawasan Machang Sesi 2013/2015

ANAKKU AHLI PAS


PAS memerlukan penggerak bukan sekadar penyokong sebagai penerusan kerja perjuangan. Macam mana kita mahu perjuangan PAS ada penerusan? Adakah dengan - Kun Fayakun - tanpa apa-apa perancangan. Dengan alasan PAS jamaah Islam, tidak payah berbuat sesuatu, serahkan kepada takdir sahaja. Adakah ini menepati dengan sunnah perjuangan Islam yang diajar oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. Sedangkan baginda sendiri memberi keutamaan kepada proses perkaderan sebagai usaha dakwah baginda.

Usamah bin Zaid dalam usia muda sudah diberi amanah yang besar, walau pun ada di kalangan pembesar sahabat yang lain untuk mengepalai peperangan untuk melawan Rom. Umurnya baru mencecah 18 tahun. Semuanya hasil tarbiyah Rasulullah s.a.w sejak daripada kecil.

Amat malang kepada PAS sekiranya proses ini tidak diberi keutamaan. Proses perkaderan yang paling mudah sekali ialah dari kalangan orang yang paling rapat sekali dengan kita, iaitu ahli keluarga kita. Allah telah memerintahkan kepada baginda supaya menyeru kepada ahli keluarga yang terdekat untuk menerima Islam. Firman Allah (surah al-Syuara 26: 214) :
 وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الأَقْرَبِينَ

"Berilah peringatan kepada mereka (ahli keluarga) yang hampir dengan kamu".

Apa makna kita berjuang siang malam, tiba-tiba anak kita sendiri yang tercicir di dalam perjuangan. Lebih parah lagi ada yang menentang perjuangan PAS. Semua gara-gara kecuaian ibu bapanya mentarbiyah anaknya untuk bersama dengan perjuangan Islam.

Kenapa Perlu Menjadi Ahli PAS
  1. Senang untuk dicula ketika musim pilihanraya, kerana seorang ahli, insyaAllah pasti memangkah PAS. Orang atas pagar belum tentu mereka akan bersama dengan PAS, apabila disogok dengan wang dan diasak dengan media. Berbeza dengan ahli, mereka tidak akan termakan dengan fitnah media dan sogokan wang. Walau pun dia tidak puas hati dengan calon, namun beliau tetap memangkah
  2. Senang untuk dikaderkan, kerana kita boleh mengetahui potensi diri yang ada di dalam setiap orang ahli. Kita tidak boleh melaksanakan perkaderan jika ia bukan ahli kita
  3. Senang untuk mendapat dana parti. Seperti yang kita maklum wang PAS daripada ahli PAS. Wang boleh diperolehi melalui yuran dan infaq ahli
  4. Seorang ahli dia merasa sayang dengan parti. Ia menganggap PAS bukan hak mana-mana individu, tetapi hak semua ahli
  5. Seorang ahli PAS ia akan menjadi jentera penerangan. Mereka akan menangkis fitnah musuh terhadap PAS. Mereka bertindak sebagai televisyen PAS di kedai kopi atau mana-mana perhimpunan orang ramai

Cara Untuk Memastikan Anak Menjadi Ahli PAS
  1. Apabila anak sudah baligh isilah borang ahli PAS
  2. Beri semangat kepada anak supaya meneruskan perjuagan PAS
  3. Jangan menakutkan anak-anak supaya jangan terlibat dengan PAS, nanti tidak dapat kerja. Yakinkan mereka bahawa tidak ada yang susah kerana berjuang Islam. Allah menjamin hambanya yang bekerja di jalan Allah
  4. Berikan semangat bahawa kerja di dalam jamaah akan dianugerahkan keberkatan oleh Allah
  5. Ajak mereka hadir ke program PAS sejak kecil lagi supaya mereka tidak kekok ketika mereka besar nanti
  6. Beri galakan  kepada anak lelaki menyertai Unit Amal, anak perempuan menyertai Nisa' dan Briged Muslimat
  7. Ketika mereka masuk ke Pusat Pengajian Tinggi pastikan anak meneruskan tradisi berjamaah dengan PAS
  8. Bawa anak-anak ke Markaz Tarbiah supaya daripada kecil sudah jinak dengan PAS
  9. Berbual dengan anak-anak mengenai perjuangan supaya mereka dapat menyampaikan pula kepada orang lain. Satu perkara yang silap apabila ada ibubapa yang tidak mahu membawa balik cerita PAS di rumah, kononnya tidak mahu anak serabut dengan perjuangan.

Satu mala petaka yang menimpa perjuangan PAS apabila ada ibu bapa membiarkan anak menentang perjuangan PAS dan menjadi pemimpin parti lawan. Banggalah jika kita berjaya meninggalkan warisan perjuangan apabila kita menemui Allah.

MENZIARAHI ABANG ZAINI


Menziarahi Abang Zaini (Suami Kepada Cikgu Suhadai - Pengerusi MGP Machang) Yang Sakit Di Rumahnya Bersama Sahabat Ahli Jawatankuasa Jabatan PASTI Kawasan Machang,,Diariku Seorang Pengerusi Jabatan PASTI Kawasan Machang Sesi 2013/2015

SURAT TERBUKA KEPADA YANG BERJIHAD


Perkataan jihad, menjadi sebutan di kalangan umum umat Islam sejak zaman berzaman, walaupun ramai yang tidak memahaminya secara hukum feqah. Kini menjadi lumrah disebarkan oleh media dan menjadi sebutan juga di kalangan bukan Islam, lebih menjadi sasaran media apabila ada kalangan yang mengisytiharkan jihad berperang menentang kerajaan yang ditolak dan mengajak seluruh dunia menyertainya.

Jihad adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib diimani dan dihayati oleh penganut Islam dan sepatutnya difahami dengan betul oleh semua pihak mengikut tasawwurnya, supaya tidak mencalarkan ajaran Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Perlu diketahui bahawa setiap ajaran Islam itu ada feqahnya, bukan hanya perkara ibadat sahaja seperti solat, puasa, haji dan zakat. Maka jihad pun ada hukum feqahnya yang tersendiri.

Feqah bererti kefahaman yang betul, bermaksud diketahui secara ilmu yang sahih dan dilaksanakan dengan istiqamah dan faham terhadap setiap ajaran itu secara menyeluruh dan mendalam. Ia meliputi cara amalan, syarat, rukun, adab, masa  dan matlamatnya yang dinyatakan oleh sumber utama ajaran islam, iaitu al-Quran, serta dihuraikan pelaksanaannya yang betul oleh Rasulullah s.a.w dan para ulama yang mendalaminya di sepanjang zaman dengan cara ilmu yang betul melalui bahasa al-Quran, di mana ada perkataannya yang tidak boleh diterjemah dalam bahasa lain dengan satu perkataan sahaja.

Seperti juga urusan ajaran Islam yang lain, hukum jihad itu ada di dalamnya perkara-perkara dasar yang tetap dan teguh, ada pula yang berkait dengan perkembangan kehidupan masyarakat yang berbeza dan berubah yang semuanya berada dalam ilmu Allah dan kebijaksanaanya yang penuh rahmat dan adil.

Perkataan Jihad daripada bahasa Arab, perkataan asalnya, “al-Juhdu” dan “al-Jahdu”, masdar atau nama terbitan daripada perkataan “Jahada”. Al-Jahdu berarti masyaqqah, yakni kesukaran atau payah. “Al-Juhdu” pula bererti “Thoqah”, yakni tenaga dan kemampuan kekuatan roh dan jasad, harta dan lain-lain daripada segala nikmat yang ada pada diri. Maka ditambah pula dengan makna yang lebih kuat, dipanjangkan huruf jim, menjadi “Jaahada” dan melahirkan nama terbitan “Jihad”atau “Mujahadah”, bermaksud menggemblengkan segala kemampuan daripada nikmat tenaga, diri dan harta dan lain-lain, serta menghadapi segala cabaran, kesulitan, kepayahan dan segala penderitaan dengan sepenuh kesungguhan.

Adapun Jihad mengikut istilah syarak (ajaran Islam) ialah melakukan amalan tersebut di atas bagi menegakkan ajaran Islam yang membawa rahmat dan adil terhadap semua, kerana keimanan kepada Allah dengan ikhlas, sama ada dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jihad ini dilaksanakan sehingga membuktikan Islam sebenarnya adalah al-Din yang terbaik daripada segala ajaran yang lain, sama ada agama atau segala ideologi, teori dan sebagainya. Temanya ialah firman Allah:
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
“Dialah (Allah) Tuhan yang telah mengutuskan Rasulnya (Muhammad s.a.w), dengan petunjuk dan Din (agama dan cara hidup) yang sebenarnya , supaya menzahirkannya (dengan kemenangan) mengatasi segala ajaran yang lain walau pun dibenci oleh orang-orang musyrikin)”  (Surah Al Sof: 9-10)

Seterusnya dihuraikan oleh ayat-ayat al-Quran dalam surah yang banyak, melalui hukum syariat dan kisah para Rasul dan umat terdahulu, serta pelaksanaan oleh Rasulullah s.a.w yang mendapat bimbingan wahyu dan tarbiyah secara langsung daripada Allah, untuk menjadi ikutan seluruh umat sehingga hari kiamat.


Al-Quran dan hadis menghuraikan segala pendekatan amalan jihad, merangkumi damai dan berperang. Maka jihad itu tidak hanya berperang semata-mata, seperti mana tafsiran para orientalis musuh Islam dan mereka yang diheret oleh tafsiran yang salah ini, sehingga menjadikan perkataan jihad tidak lengkap kalau diterjemahkan dengan peperangan apatah lagi tersasar jauh kalau diterjemahkan dengan perkataan “Holy War”. Peperangan hanya salah satu daripada lapangan jihad dan perdamaian pula menjadi lapangannya yang lebih luas.

Allah menyebut kisah semua para Rasul a.s yang memulakan pendekatan jihad secara aman dan damai terlebih dahulu, menyampaikan mesej dengan hujah yang sepatutnya diterima oleh akal yang baik, walaupun memakan masa yang panjang, untuk memberi hujah dan tempoh yang seluas-luasnya supaya menusia menerima Islam.

Para Rasul dan pengikutnya yang beriman diperintah bersabar yang menjadi rukun jihad. Hukuman secara keras, sama ada peperangan atau bencana secara langsung daripada Allah, dilakukan setelah batas kesabaran sampai kemuncaknya dan dirasakan segala kezaliman dan penipuan ajaran yang sesat oleh akal yang sempurna terus berlaku. Semua kisah tersebut bukan sekadar cerita, bahkan wajib menjadi petunjuk kepada Rasulullah s.a.w dan umatnya sehingga hari kiamat.

Rasulullah s.a.w menunjukkan pendekatan secara amali (praktikal). Baginda berusaha supaya manusia menerima Islam seramai mungkin tanpa paksaan, kerana paksaan itu tidak membawa Islam yang sebenarnya beriman, budiman dan beramal soleh. Atau memberi peluang bebas beragama dan boleh ditunjukkan apa dia Islam tanpa gangguan. Maka tentangan secara jihad juga dilakukan terhadap gangguan berdakwah mengikut kadarnya, walau pun berperang, tetapi wajib dengan syarat dan adab mengikut batas hukum Islam bagi mencegah kezaliman.

Al-Quran dan hadis juga menunjukkan betapa bersabar dengan teguran berani dan membina, menghadapi kerajaan yang zalim ketika berada dalam satu masyarakat bersama, adalah jihad akbar dengan hadis yang sahih. Menunjukkan bahawa pendekatan jihad menghadapi kemungkaran dalaman masyarakat berbeza dengan menghadapi penceroboh yang menyerang.

Kita wajib mengambil iktibar secara perbandingan, mengapa pendekatan Rasulullah s.a.w dan generasi awal umat Islam yang berdakwah berjaya menarik sehingga satu bangsa dan kaum semuanya menganut Islam dalam masa yang cepat. Mengapa kita di zaman kini sangat payah untuk menarik seorang sahaja supaya masuk Islam. Mereka yang masuk Islam di masa damai di zaman awal pula lebih besar jumlahnya.

Perbandingan juga perlu difahami, mengapa berperang jihad Rasulullah s.a.w dan generasi awal berjaya menjatuhkan kuasa besar dunia Parsi dan Rom, walaupun bala tentera Islam terlalu kecil jumlahnya dan musuh pula berlipat ganda jumlahnya dengan senjata yang berlipat ganda kecanggihannya. Tentera Islam disambut oleh penduduk menjadi penyelamat daripada kezaliman, bukannya sebagai penjajah. Selepasnya rakyat menerima agama Islam tanpa paksaan, sehingga masih ada penganut bukan Islam, gereja, biara dan kuil lama sehingga zaman kini di tengah masyarakat Islam.

Di zaman Khalifah Umar bin al-Khattab, apabila Maharaja Parsi (Kisra Yazdajur) yang berundur di perbatasan timur Parsi menulis surat kepada Maharaja China meminta bantuan bagi menyelamatkan takhtanya dan memberi amaran bahawa China juga berdepan dengan bahaya Islam. Maharaja China yang terlebih dahulu bertanyakan utusan Parsi, “apakah sifat dan cara orang Islam setelah menawan Parsi?”.

Apabila disebut segala-galanya, Maharaja China membalas bahawa kemaraan Islam dan penganutnya yang begitu sifatnya tidak boleh dihalang kerana rakyat menerimanya, lalu China mengadakan hubungan damai dengan semua kerajaan Islam dalam sejarahnya.

Bandingkan mengapa amalan jihad secara damai dan perang di zaman awal menjadikan Islam digeruni kerana rahmat dan adilnya, bahkan kedatangan bala tentera bersenjata disambut rakyat menjadi penyelamat bukannya penjajah. Adapun jihad terkini yang diisytiharkan oleh kalangan yang betapa tinggi semangat jihadnya digambarkan dengan wajah yang buruk terhadap Islam oleh kawan dan lebih lagi lawan. Adakah kerana semangat tanpa feqah yang boleh ditembusi oleh bisikan syaitan yang merosakkan amal dan orang yang beramal. Kalau syaitan boleh masuk ke dalam hati dan saff mereka yang sedang solat berjamaah, maka syaitan lebih mudah masuk ke dalam saff mareka yang berjihad tanpa feqahnya.

Contoh yang nyata kepada wajah umat Islam terkini ialah apabila mereka melontar jumrah di musim haji. Umat Islam dahulu melontar mengikut sunnah dengan feqah hajinya, menggunakan batu sebesar hujung jari dengan semangat melontar syaitan. Kini ada jamaah haji yang melontar kawan sendiri dengan batu besar dan kasut kerana hajinya tidak ada feqah. Maka kalau berjihad tanpa mendalami feqahnya menerima padah amaran Rasulullah s.a.w yang membunuh dan dibunuh kedua-duanya masuk neraka, bukannya mati syahid.

Percayalah bahawa jihad tetap wajib sehingga hari kiamat, berilmu adalah wajib disertakan dengan feqahnya bagi mensahihkan amal yang wajib. Benarlah bahawa syaitan lebih mudah menggoda seratus orang lebai yang jahil daripada seorang yang berilmu. Paling bodoh ialah orang merasakan dirinya sudah cukup berilmu segala-galanya.

Biodata Penulis

Y.A.B Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merupakan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau pernah memangku jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah tahun 1969-1973, kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah). Semasa di Timur Tengah, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Qudsi.

KE PASTI AL IMAM, KG BELUKAR

Turun Padang Menjenguk Dan Tanya Khabar Warga PASTI Al Imam, Kg Belukar,,,Bangunan Kita Usang Namun Kita Mempunyai Jiwa Yang Kental Untuk Meneruskan Mendidik Dan Melahirkan Generasi Yang Bertaqwa,,,Diariku Seorang Pengerusi Jabatan PASTI Kawasan Machang Sesi 2013/2015



BERGANDING BAHU MENERUSKAN PERJUANGAN


TEMU MATA DENGAN KEPIMPINAN PEMUDA PAS DUN KEMUNING 2013


Kerja Yang Kita Pikul Ini Adalah Amanah,,,Jangan Kita Cepat Putus Asa
Amanah Yang Di Pikul Ini Perlukan Pergorbanan Kita Semua
Rapatkan Saf Kita Dan Jauhi Pertengkaran Yang Merosakkan Ukhwah Kita

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN MACHANG 2013




Perjalanan Perjuangan Ini Masih Jauh Lagi,,,Namun Sesekali Tidak Akan Berhenti Dan Tiada Alasan Untuk Menamatkan Perjuangan Ini Kecuali Di Jemput Menghadap Ilahi,,,Aku Hanya Insan Biasa Dan Wahai Teman Doakan Agar Aku Tetap Istiqamah Dalam Perjuangan Ini

MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS MACHANG TAHUN 2013


Bersama Dengan Anakda Safiyyah Insyirah bt Muhammad Khairul Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Machang Kali Ke 28 Di Dewan Majlis Daerah Machang..14hb September 2013

Mengharapkan Anakda Satu Hari Nanti Akan Menjadi Seorang Srikandi Dan Pejuang Islam,,Mati Demi Islam Dan Mati Syahid Cita - Cita Kita

LAWATAN KE PASTI AL HIDAYAH, KG. PANGKAL CHANGGONG

 Papan tanda PASTI Al Hidayah, Kg Pangkal Changgong

 Bertanya khabar guru PASTI.

Gambar kenangan bersama guru dan anak PASTI Kg Pangkal Changgong

Satu Lawatan Ke PASTI Kg. Pangkal Changgong Telah Berjaya Diadakan Pada 01hb Oktober 2013. Turut Serta Dalam Lawatan Ini Adalah Sdr. Ahmad Tajuddin B. Hj Mukhtar (AJK PASTI) Dan Sdr. Hazizi B. Deraman (AJK PASTI). 

Sg Limau: Mengundi 4 Nov, penamaan calon 23 Okt

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November adalah hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Kedah sementara penamaan calon pada 23 Oktober.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini, sebentar tadi.

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lalu.

Pada PRU13 Mei lepas, Ustaz Azizan yang mendapat 13,294 undi menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali (10,5204 undi) serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad (100) dan Abdullah Hashim (84).

LAWATAN KE PASTI KG. KEPAS, MACHANG

 Tanya khabar guru dan perkembangan PASTI Kg. Kepas

Gambar kenangan bersama ajk PASTI machang, guru dan pelajar

Alhamdulillah, Satu Lawatan Ke PASTI Kg. Kepas Berjaya Diadakan Pada 01hb Oktober 2013. Turut Serta Dalam Lawatan Ini Adalah Mohd Afzanizan B. Arif (Bendahari PASTI), Sdr. Ahmad Tajuddin B. Hj Mukhtar (AJK PASTI) Dan Sdr. Hazizi B. Deraman (AJK PASTI).

AHLI JAWATANKUASA JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG

Membasahi tekak selepas mesyuarat pada malam itu

Alhamdulillah, Satu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PASTI Kawasan Machang Kali Pertama Telah Berjaya Diadakan Pada 29hb September 2013 Bertempat Di Pejabat Pas Dun Kemuning. Saya Selaku Pengerusi PASTI Kawasan Machang Telah Mempengerusikan Mesyuarat Dan Dalam Mesyuarat Ini Telah Berjaya Mengambil Beberapa Keputusan Untuk Memperkasakan PASTI Kawasan Machang.


Terima Kasih Sahabat – Sahabat Yang Sudi Menerima Jawatan Sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Kawasan Machang Yang Baru Iaitu : Sdr. Mohd Romli B. Ismail (Timb. Pengerusi 1), Sdr. Mohd Nasir B. Abdul Rahman (Setiausaha PASTI), Mohd Afzanizan B. Arif (Bendahari PASTI), Sdr. Ahmad Tajuddin B. Hj Mukhtar (AJK PASTI), Sdr. Hazizi B. Deraman (AJK PASTI) Dan Sdr. Ahmad Faizan B. Che Hashim (AJK PASTI). Mudah – Mudahan Kita Dapat Gerakan PASTI Kawasan Machang Ke Arah Yang Lebih Baik.

KERATAN SINAR HARIAN


LAWATAN KE PASTI PALOH RAWA


Bebanan Kerja Yang Semakin Bertambah Dan Masa Yang Cukup Terbatas. Membuatkan Diri Ini Sedaya Upaya Mengambil Kesempatan Ruang Yang Terbatas Itu. Pada 26hb September Yang Lalu, Dalam Perjalanan Menuju Ke Kg Buchit, Saya Bersama Sdr. Ahmad Tajuddin Dan Sdr. Hazizi Yang Merupakan Ahli Jawatankuasa PASTI Kawasan Machang Sempat Singgah Sebentar Melawat PASTI Paloh Rawa Di Dun Temangan.

Baru – Baru Ini, PASTI Paloh Rawa Ini Telah Melangkar Sejarah Tersendiri Apabila Berjaya Memenangi Acara Nasyid Dan Sajak Peringkat Negeri Kelantan Dan Seterusnya Mewakili Pasti Kelantan Ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan Di Selangor. Namun Gagal Memenangi Di Peringkat Ini Tetapi Pengalaman Di Sana Amat Berguna Bagi Membaiki Kelemahan Dan Kesilapan Yang Ada Dan Insya Allah Sama – Sama Kita Berdoa Pada Masa Hadapan PASTI Di Machang Berjaya Mencipta Sejarah Di Peringkat Kebangsaan Pula.

Sepanjang Lawatan Ini, Sempat Bersalaman Dengan Pelajar – Pelajar PASTI Dan Bertanya Khabar Perkembangan Semasa PASTI Itu. Itulah Lawatan Pertama Saya Ke PASTI Cawangan Setelah Memikul Amanah Sebagai Pengerusi PASTI Kawasan Machang. 

GAMBAR KENANGAN DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MACHANG KALI KE 45

Ikatan Ukhwah Itu Amat Penting
Untuk Kestabilan Jemaah

Tanggungjawab Perlu Dipikul Walaupun Berat
Dan Pelbagai Halangan Perlu Dihadapi

Kerjasama Daripada Semua Pihak Amat Diperlukan

Rapatkan Saf  Dan Teruskan Memacu Perjuangan

AMANAH ADALAH TANGGUNGJAWAB

 

Tanggal  07hb September 2013 Diri Yang Kerdil Ini Telah Diamanahkan Sebagi Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang. Beratnya Bebanan Ini, Mampukah Diri Ini Memikul Tanggungjawab Yang Berat Ini.

Segala Rintangan Dan Halangan Terpaksa Saya Tempohi Dengan Hati Yang Tenang. Doa Akan Menjadi Senjata Untuk Saya Menghadapi Hari – Hari Yang Mendatang. Kesabaran Yang Tinggi Merupakan Tunjang Untuk Saya Menghadapinya.

Pertolongan Daripada Allah SWT Menjadi Harapan Selain Daripada Usaha Yang Sedikit Ini Membuahkan Hasil Dan Kejayan Untuk Kemenangan Islam. Bantuan Sahabat Dan Para Pemimpin Yang Berani Menegur Membuatkan Diri Saya Tidak Tergelincir Di Jalan Yang Salah. Diri Ini Sudah Bertekad Selagi Mana Ianya Berfungsi Akan Saya Mandikan Dengan Kemanisan Sebuah Perjuangan Walaupun Nyawa Ditukar Ganti Demi Islam.

Mati Itu Pasti...


5 Strategi Kemenangan



1. Taqwa (melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan laranganNya) 

2. Juhud (bersungguh-sungguh)

3. Tawakkal (yakin dan sandarkan keputusan kepada Allah)

4. Munazzomah (bertindak dengan berperancangan dan mengikut arahan yang ditetapkan)

5. Isti'anah bi Sobri wa Solah (memohon pertolongan daripada Allah dengan Sabar dan Solat) 

Dipetik dari majalah Tarbawi bil. 2

Untuk Renungan Bersama,,,,


❝ "Bila kita susah, kadang-kadang orang benci pada kita. Pada masa itu, kita lebih rapat dengan Tuhan. Sebab tu orang susah merupakan orang yang rapat dengan Allah SWT. Kerana itu, saya sangat-sangat gembira jika dapat duduk bersama dengan orang-orang yang susah yang doa mereka lebih mudah diterima kerana rapatnya mereka dengan Allah SWT ❞

Hendak tapi beralasan....

Siapa antara kita yang pernah memikirkan…

1. Ingin sambung belajar di peringkat Master dan PhD?
2. Ingin memiliki rumah sendiri sebelum umur 35 tahun?
3. Ingin mengurangkan berat badan?
4. Mulai hari ini tidak ingin lambat ke kerja?
5. Ingin meluangkan masa 1 jam sehari bersama anak-anak?

Dan kemudiannya semua hasrat ditangguhkan oleh alasan seperti…
1. Saya dah terlalu tua untuk itu…
2. Saya terlalu letih…
3. Saya malas…
4. Saya terlalu sibuk…
5. Saya susah itu dan ini…
6. Benda itu terlalu susah…

Ingatlah manusia boleh mencari seribu satu alasan untuk TIDAK MELAKUKAN SESUATU… susah, tak mungkin, tak berdaya, mak tak suka, teman tak suka, duit tak cukup… dan banyak antara kita yang sanggup menghabiskan masa untuk mencari seribu satu alasan ini.

Walhal, untuk melakukan sesuatu, kita tidak perlu seribu alasan, kita hanya memerlukan satu alasan yang baik untuk mela-kukannya.

Mengapa kita tidak fokus mencari alasan yang satu itu, daripada menghabiskan masa mencari seribu satu alasan untuk tidak melakukan sesuatu?

Dalam kehidupan ini, prinsipnya mudah, jika betul kita ingin sesuatu, hanya dengan satu alasan, kita akan mencari jalan.

Ingatlah tiada benda yang berharga datang tanpa pergelutan dan pengorbanan. Setiap kejayaan dan kegagalan ada cerita di belakangnya – dan antara kejayaan dan kegagalan, pemisahnya ialah sikap manusia – satu mencari seribu satu alasan untuk tidak berbuat sesuatu dan satu mencari alasan yang satu untuk berbuat sesuatu hajat yang ingin dicapai iaitu kehendak atau keinginan yang kuat.

Sekadar motivasi pendek.

Pemuda adalah tunggak kebangkitan umat Islam


"...Pada hakikatnya, kelima-lima sifat ini merupakan ciri-ciri pemuda yang mengota janji mereka terhadap Allah SWT, ia adalah sifat istimewa para pemuda yang tidak pernah takut pada jalan Allah SWT celaan orang yang mencela. Kerana asas keimanan adalah hati yang tajam, asas keikhlasan jiwa yang suci, asas keazaman ialah perasaan yang kuat, asas amalan merupakan kehendak yang muda, asas pengorbanan pula akidah yang teguh. Segala sifat ini tidak pernah terkumpul dengan lebih kuat dan banyak, sebagaimana terkumpulnya ia di dalam diri seorang pemuda. Dan ianya tidak terdapat kecuali di dalam jiwa seorang para pemuda Islam.

Daripada sini, para pemuda Islam dahulu dan kini, pada setiap peringkat sejarah; adalah tunggak kebangkitan umat Islam. Merekalah rahsia kekuatannya, punca kemegahan dan kemuliaannya, pengibar panji-panji dan benderanya, panglima bala tenteranya ke arah kebesaran dan kemenangan.." 

Petikan dari terjemahan kitab Sehingga Para Pemuda Mengerti oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan

Bekas Adun dilantik Speaker Dun Kelantan


KOTA BHARU: Bekas Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Ya’kub (gambar) hari ini mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang baru.

Manakala Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Nama kedua-duanya dicadangkan oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Majlis angkat sumpah itu bermula jam 9 pagi dengan bacaan doa diketuai Setiausaha Dewan, Muhammed Imran Mansoor.

Kemudian Abdullah mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan sebagai anggota tambahan Dun Kelantan.

Beliau kemudian mengambil tempat di kerusi Speaker selepas dipakai jubah khas dan songkok oleh Menteri Besar.

Diikuti pula Abdul Latiff mengangkat sumpah dan dipakai jubah khas sebagai Timbalan Speaker.

Imran turut memberitahu pihaknya sebelum ini telah menerima perakuan untuk berkhidmat sebagai Speaker daripada Abdullah.

“Cadangan perbahasan pemilihan Speaker juga tidak dibenarkan selepas pihak Dewan hanya menerima seorang sahaja calon,” katanya.

Selepas itu majlis angkat sumpah ahli-ahli Dewan dimulakan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan anggota-anggota Exco.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS-Chempaka) mendahului mengangkat sumpah bagi penyokong kerajaan, manakala Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) pembangkang.

Zulkifli Ali (BN-Selising) merupakan ahli Dewan terakhir mengangkat sumpah hari ini.

Bagaimanapun sebelum itu Speaker mengumumkan tiga ahli Dewan tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mereka iaitu Datuk Husam Musa (PAS-Salor), Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Wakaf Bharu) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas).

Abdullah turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri di atas penghormatan diberi sehingga dilantik sebagai Speaker.

“Oleh itu saya berharap mendapat kerjasama sepenuh ahli-ahli Dewan bagi melancarkan perjalanan persidangan setiap kali diadakan,” katanya.

Turut menyaksikan majlis bersejarah itu anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Anak muda dominasi Black505 Kelantan


KETEREH: Paling ramai anak-anak muda yang memenuhi setiap ruang padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam malam tadi. Mereka tanpa mengira jantina memakai baju hitam.

Sepanjang jalan menuju ke padang produk baju Blackout505 digantung di bawah khemah bagi menunggu pelanggan. Suasana seperti pasar malam yang menawarkan pelbagai jenama bertulis Blackout 505.

Gadis-gadis juga tidak ketinggalan mengenakan lilitan kepala yang bertulis perkataan Blackout 505.

“Sama seperti di tempat-tempat lain apabila puluhan ribu hadir pada perhimpunan aman itu bagi membantah penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya umum baru-baru ini.

“Kalau kita tidak berusaha untuk mengubahnya selagi itulah kepincangan dalam pilihan raya terus berlaku,” kata anggota parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula menjelaskan perhimpunan itu bukan untuk mengguling kerajaan, seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

“Tak kan pula orang ramai yang hadir dengan tangan tangan kosong kalau betullah mereka hendak guling kerajaan.

“Perhimpunan aman ini diadakan bagi menjaga hak rakyat. Kita tidak mahu pada masa akan datang ada kertas undi ditemui di ladang kelapa sawit,” katanya.

Menurutnya juga kaedah undi awal yang diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ternyata memberi keutungan besar kepada Umno dan BN.

Hadir sama malam tadi Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Selain itu Kasturi Patu mewakili DAP; Presiden R, Nazri Deraman; Penyelaras OKU Bangkit, Muhamad Faizal Che Yusoff; aktivis pelajar,

Safwan Anang, Leman Raja Lawak, Chekgu Bard dan wakil-wakil rakyat Kelantan.

Ramai juga anak-anak muda masyarakat Cina dan India yang hadir.

Husam berkata, penipuan dan penyelewengan menghalang Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, sebabkan itulah ramai rakyat hadir pada perhimpunan tersebut bagi meluahkan rasa tidak senang kepada SPR dan kerajaan BN.

“Semangat anak-anak muda cukup luar biasa sekali. Ini berlaku di seluruh negara apabila mereka beramai-ramai menyertai perhimpunan seperti ini,” kata Anwar.

Petisyen PRU13: Pakatan Rakyat 39, BN 21

KUALA LUMPUR: Petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tempohnya berakhir semalam, menyaksikan sejumlah 60 petisyen difailkan sekaligus menjadi jumlah paling banyak dalam sejarah petisyen pilihan raya di negara ini.

Apa yang menarik, tindakan memfaikan petisyen yang biasanya hanya sinonim dengan pihak pembangkang, kali ini juga turut dikemukakan oleh BN.

Daripada jumlah keseluruhan 60 petisyen itu, 39 dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 lagi oleh BN.

Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun.

Di Kedah, kawasan parlimen yang terbabit dengan petisyen adalah Merbok dan Kulim Bandar Baru yang dikemukakan oleh PKR, manakala tiada bagi kerusi Dun.

Di Kelantan perlimen terlibat adalah Ketereh yang dikemukakan oleh PAS, Machang (PKR), Bachok (BN), manakala bagi Dun pula, Kok Lanas (PAS), Selinsing (PAS), Ayer Lanas (PAS), Jelawat (BN), Mengkebang (BN), Gaal (BN) dan Manek Urai (BN).

Di Terengganu, tiada kerusi parlimen terlibat petisyen, tetapi kerusi Dun adalah Hulu Besut (PAS), Kuala Berang (PAS), Rantau Abang (BN) dan Teluk Pasu (BN).

Di Pahang juga tiada petisyen terlibat bagi kerusi parlimen, namun hanya satu bagi kerusi Dun iaitu Dun Cameron Highlands (DAP).

Bagi Pulau Pinang pula, parlimen terlibat adalah Balik Pulau (PKR) dan tiada petisyen bagi kerusi Dun.

Di Perak, parlimen terlibat adalah Tapah dan dua petisyen bagi Bagan Datok yang dikemukakan PKR, manakala bagi kerusi Dun adalah Selama, Rungkup, Manong, Pasir Panjang, Manjoi dan Lubok Merbau yang kesemuanya dikemukakan oleh PAS.

Bagi negeri Selangor, tiga kawasan parlimen terlibat iaitu Sabak Bernam (PKR), Sungai Besar (PAS), Kuala Selangor (PAS) manakala tiada petisyen bagi kawasan Dun.

Bagi Kuala Lumpur, parlimen terlibat adalah Setiawangsa (PKR), Titiwangsa (PAS), Lembah Pantai (BN) dan Parlimen Batu (BN).

Di Melaka, tiada petisyen yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat, manakala BN memfailkan dua petisyen iaitu bagi kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru.

Bagi negeri Johor, parlimen terlibat adalah Pulai (PAS), Segamat (PKR), Ledang (PKR), Muar (PKR), Tebrau (PKR), Pasir Gudang (PKR), Labis (DAP), Batu Pahat (BN) manakala bagi Dun adalah Gambir (PAS), Mahkota (PAS), Nusajaya (PAS), Penggaram (BN), Parit Yani (BN), Stulang (BN) dan Puteri Wangsa (BN).

Di Sabah, parlimen terlibat adalah Kota Marudu (PKR), Beaufort (PKR) dan Pensiangan (PKR), manakala bagi Sarawak adalah parlimen Baram (PKR) dan Sarikei (BN).

Menurut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, jika terdapat mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pilihan raya umum lalu, mereka boleh mengemukakan petisyen pilihan raya kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) pula memperuntuk tiap-tiap petisyen pilihan raya hendaklah dikemukakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan dan penyata pengundian disiarkan dalam warta.

Tempoh 21 hari itu dianggap bermula pada 23 Mei lalu dan berakhir semalam.
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates