Salam perjuangan sahabat semua....saya baru saja pulang daripada masjid menunaikan ibadat yang wajib (sembahyang) dan sekarang berhenti berehat seketika di rumah milik ayah dan bonda ini. Setelah sehari suntuk waktu siang tadi berada di Kota Bharu (Bandaraya Islam) kerana menjadi peserta " Seminar Menjelang 20 Tahun Kepimpinan Ulamak Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan." Begitulah tajuk seminar hari ini jika tidak silap sayalah. Kalau silap harap maaf dan dibetulkan oleh sahabat - sahabat yang hadir.
Tiada program yang saya terpaksa ikuti malam ini, bukan seperti malam - malam sebelumnya yang padat dengan aktiviti dan program yang terpaksa saya hadiri. Dalam mengambil kesempatan masa yang terluang ini, tergerak hati ini untuk meneruskan perjalanan blog yang kedil ini. Baru saja kelmarin membina blog dan tidak tahu untuk menulis apa - apa lagi yang difikirkan sesuai untuk blog ini.
Terlintas untuk membina blog ini adalah kerana zaman sekarang ini ramai bloger yang menulis hasil daripada pemikiran mereka untuk kebaikan bersama - sama. Maka dengan itu, tergerak hati ini untuk mereka dan menulis blog ini kerana saya minat sangat - sangat menulis sejak daripada kecil lagi. Tapi hanya sekadar conteng - conteng sahaja lah. Tak pergi kemana tulisan saya tulis itu.
Biarlah seorang pejuang islam ini bermula dengan perjalanan seminar tadi untuk pembuka bicara dalam blog yang kedil ini. Sedar atau pun tidak sedar kita semua bahawa Kerajaan Islam Negeri Kelantan telah hampir 20 tahun memerintah Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim ini.Maka tidak benarlah dakwaan oleh pimpinan UMNO dahulu yang Kerajaan PAS Kelantan akan dapat merintah 3 bulan sahaja.
Walaupun banyak cabaran dan halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Kelantan namun kegelisahan masalah itu tidak akan dijelmakan daripada raut wajah pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan terutama YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) kerana pentadbiran yang di bawa oleh YAB Tuan Guru adalah berdasarkan yang islam nak. Maka setiap masalah yang dihadapi diatasi dengan kesabaran dan bertawakal kepada Allah SWT. Tahniah kepada semua pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan kerana mampu tadbir Kerajaan Negeri Kelantan ini dengan baik dan bersih.
Banyak perubahan yang dibawa oleh YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz b. Nik Mat contohnya yang dapat di tulis disini adalah telah membuat peraturan pebinaan rumah kos rendah tiga bilik, sistem gadaian islam Ar-Rahn, cuti bersalin 60 hari bagi kakitangan wanita, cuti 2 hari seminggu iaitu jumaat dan sabtu. Dan semua ini telah ditiru dan dipakai oleh Kerajaan Pusat. Tahniah sekali lagi kepada pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan kerana mendahului perubahan daripada Kerajaan Pusat walaupun banyak ujian yang terpaksa dihadapi.
Cukup sekadar ini sahajalah dahulu saya menceritakan mengenai seminar yang berlangsung pagi tadi. Di sini saya paparkan beberapa gambar sekitar seminar tadi berlangsung......
0 ulasan:
Catat Ulasan