ANTARA UCAPAN TUAN GURU PRESIDEN DI MUKTAMAR PAS PUSAT KALI KE 60








MUKTAMAR PEMUDA PAS MALAYSIA DI JOHOR





PESANAN AL MARHUM USTAZ YAHYA OTHMAN


BERSAMA WARGA PASTI AL JIHAD,,,SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE 57






Menyampaikan Hadiah Kepada Pemenang Dalam Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 57 Anjuran PASTI Al Jihad, Kg Kolam Abu Machang

JANGAN BEREBUT NAK JADI NAKHODA


Liku-liku dan mehnah yang dilalui oleh setiap pimpinan yang telah meninggal bukannya mudah. Namun mereka terus berjuang hingga ke akhir hayat.

Mereka tidak meninggalkan perjuangan di tengah jalan.

Terus Beristiqamah !

MAJLIS ALAM RIA PASTI KAWASAN MACHANG 2014







MEDIA BARU CABARAN TERKINI

"Jadikan media baru sebagai senjata untuk menembak musuh, bukan senjata untuk memfitnah sesama kita"

"Bila nak sebar satu berita, pastikan ianya berita betul, sahih dan telah dibuat semakan sewajarnya, agar ianya tidak menjadi fitnah"

"Dalam perjuangan yang panjang, penuh liku dan ujian ini, ada juga golongan yang menjawat jawatan Tukang Komplen Sdn Bhd, sewajarnya provokasi-provokasi sebegini kita hadapi dengan tenang dan mencari kesahihan.

"Jangan lupa dan tidak meninggalkan tahajud, membaca Al-Qur'an dan solat berjemaah untuk mengekalkan kita tetap istiqamah dalam perjuangan.

JANGAN LUPA CARI SAHAM DI AKHIRAT


SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA WARGA PENDIDIK






Bersama Ketua Pemuda PAS Kawasan Machang (Sdr. Zainul Amin b. Mat Zin) Bagi Menyampaikan Sedikit Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Warga Pendidik PASTI Di Kawasan Machang,,Sumbangan Yang Tak Seberapa Berbanding Dengan Ilmu Dan Tenaga Yang Diinfakkan Kepada Anak Didik,,Diariku Seorang Pengerusi PASTI Kawasan Machang Sesi 2013/2015

ANTARA INTIPATI UCAPTAMA YB DATO SERI TUAN GURU PRESIDEN

1. Tarbiah, siasah dan dakwah mestilah dlm linkungan hukum al quran kerna itulah dasar tertiggi Pas. Tarbiah mengikut Allah adalah fardhu ain. Begitu jg dgn kefahaman fardhu kifayah yg dipelajari demi melengkapkan tuntutan dlm perjuangan. Kita telah berjaya menggabungkan semua ilmu dlm perjuangan Pas

2. Pas tetap tegas memilih muwajahah silmiyah dlm konteks demokrasi walaupn kita tahu banyak tempangnya. Kita tetap tegas dgn suasana perjuangan yang aman. Bersabar apabila belum capai kemenangan walau banyak cabaran. Ahli2 PAS wajib teguh dan bersabar menanti kemenangan krna banyak cabaran.

3. Cabaran yg byk ini sebenarnya akan membersihkan Pas dr anasir hipokrit dan tidak kuat imannya, tidak sabar dengan perjuangan. Sejarah perjuangan panjang Pas bukan saja membekalkan byk ilmu bahkan pengalaman yg tidak byk dimiliki gerakan Islam lain seperti tahalluf siyasi. Tahalluf yg diwujudkan parti sepatutnya menguatkan parti bukan sebaliknya. Ini semua adalah khazanah kekayaan parti. Perjuangan kita kerana Allah, kerana Islam sejak zaman berzaman dipelopori sblm dari kita.

4. Walaupan negara kita merdeka tetapi kita meneruskan agenda penjajahan yg di wariskan penjajah. Kita bebas penjajahan dr ketenteraan tetapi masih di jajah pemikiran yg prlu dikembalikan kpd tarbiah Islam. PAS berpegang kepasa konsep pelbagai kaum dalam memenuhi tuntutan Al Quran spt dlm Surah Al Hujurat. Islam telah memperkenalkan konsep masyarakat Madani. Kita sedar ada pertembungan tamadun dan budaya tetapi Islam dtg mengadili dan menyeimbangkan tamadun2 ini.

5. Islam dtg dgn futuhat (Pembukaan) bukan Isti'mar (penjajahan). Islam dtg memerintah dan menerima semua yg makruf. ISLAM tidak memaksa perkara haram bg bukan Islam. Islam memerintah dunia dgn meraikan kepelbagaian bahasa.

6. Pemisahan agama dr urusan dunia adalah salah satu konsep ciptaan sekular Barat. Dasar pendidikan yg ada gagal membina insaniah dunia akhirat sedangkan Islam telah mengajar Ilmu menyelamatkan manusia menuju Allah.

7. Pas wajib istiqomah atas acuan Islam tanpa peduli manusia percaya atau tidak. Apa yg merisaukan manusia merasakan tidak salah manusia mengambil selain dr islam, penularan ideologi ciptaan manusia,spt sekular, kapitalisme, nasionalme dll. Pas menyeru kembali kepada Syariat Allah tanpa mewujudkan kongkongan ilmu dan kemajuan yang dicetuskan.

8. Pas komited menghapuskan jurang kaya dan miskin yg besar dan kronisme. Pas mendesak kerajaan menghapuskan GST. Pas mendesak sistem cukai yg tidak adil di kaji kerana masih menzalimi rakyat. Pas mahu kerajaan memperbaiki kepincangan ekonomi sebagai contoh Mas yg kini berhutang hampir 10 billion. Meninggalkan yang haram seperti rasuah dan kroni

9. Memantapkan gerak kerja dlm Dewan Himpunan Penyokong Pas. Dewan ini wajar dikembangkam setiap negeri. Sebagai pintu rahmat diantara perjuangan Islam dgn bukan Islam. Dewan2 yg sudah jg perlu lebih mantap dan dinamik bukan hanya membtuk fikrah yg tulen bahkan membentuk pemimpin yg hebat

10. Serangan kpd Pas masa kini semakin bertubi2 sama ada media luar atau ahli sendiri melalui media2 fb, twitr dll. Pas menyeru semua ahli ahli dan pimpinan memanfaatkan media baru tanpa sempadan ini utk menyalurkan dakwah tarbiah dan siasah. Kepimpinan dan ahli2 pas perlu memikul amanah dgn apa yg disebarkan. Memantau media agar lebih membawa kepada maslahah dan mengurangkan mafsadah. Memperkasakan harakah ke semua capaian dan hijau fm yg perlu membentuk membawa kepada fikrah Islami.

11. Pas amat tersentuh apa yg berlaku di Ghaza. Kezaliman Yahudi terhadap Bumi suci ini. Pas mengucapkan tahniah dan sokongan kepada Hamas yg memprtahankan bumi Palestin. Bagi Pas isu bumi Palestin dan bebaskan Masjid al Aqsa menjadi agenda terpenting peringkat antarabangsa. Bgtu jg Pas tersentuh dgn apa syria, iraq dan negara2 Islam lain. PAS jua mengetahui kewujudan Isis yg melanggar konsep jihad yg sebenar. Pas tidak membenarkan ahlinya memasuki perjuangan melanggar konsep feqah jihad

SUMBANGAN KEPADA PASTI AT TAQWA, KG BUKIT


Menyampaikan Sumbangan Daripada Jabatan PASTI Kawasan Machang Kepada PASTI At Taqwa, Kg Bukit Bagi Baik Pulih Bangunan PASTI Tersebut,,,,Diariku Seorang Pengerusi PASTI Kawasan Machang

UCAPAN TUAN GURU PRESIDEN PAS

Dengan tegas TG Presiden menyatakan :
"..Saya tidak sedia nak bawak ahli-ahli PAS ini masuk ke dalam api neraka jahannam..Oleh kerana itu kita perlu masuk campur tangan dalam masalah ini. jangan pandang ringan, jangan pandang mudah nak beri begitu sahaja. Ada amanahnya! Jangan (kata) ini strategi Politik. Mesti melihat amanah dan redha Allah! Ini mesti dilihat dan kita mesti faham..Ini pula, walaupun kita majoriti takut tak dapat, curi wakil rakyat kita. Beli wakil rakyat. Inikah etika kita bertahaluf? Kita tidak memandang ringan 2 wakil rakyat yang sanggup menyeberang. Yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada. Tidakkah tiap-tiap wakil rakyat kita berbaiah. Masa nak jadi calon berbaiah. Wallahi wabillahi watallahi. Berbaiah! Mana besar baiah dengan surat aku janji? "
Ucapan Penggulungan Muktamar 60 PAS

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MACHANG KALI KE 46





BERSAMA DENGAN JABATAN AMAL MACHANG

Bersama Dengan Anggota Jabatan Amal Machang Selepas Selepas Program Ceramah Isu - Isu Semasa Di Padang Majlis Daerah Machang. 


HAYATI DAN LAKSANA 5 PRINSIP AMAL JAMAEI



5 Prinsip yang  dimaksudkan itu ialah :

1. Iltizam

Memberikan komitmen yang tinggi terhadap setiap aktiviti amal Islami yang dianjurkan demi menjayakan gerakkerja pengkaderan atau pembinaan :

Aqidah yang sohih , 
Fikrah yang syumul dan
Syakhsiyyah yang soleh .
Dakwah yang benar
Tanzim @ Organisasi yang mantap

Jangan abaikan setiap keputusan jamaah apalagi membuat keputusan yang bercanggah dengan apa yang telah diputuskan secara jamaei melalui prosedur mesyuarat yang sah . Pastikan juga kita tidak mengakibatkan aktiviti jamaah lumpuh atau terbiar dengan sikap yang acuh tidak acuh dalam menjayakannya .

Terapkan rasa wajib ke atas diri dalam menunaikan semua peraturan dan arahan jamaah yang tentunya untuk kepentingan perjuangan Islam yang suci dan bersih dari sebarang elemen yang bersifat kepentingan diri sendiri .

Rasa diri terpanggil untuk menyelesaikan apa jua tanggungjawab dan amanah perjuangan yang terbengkalai walaupun bukan kita pemegang amanah yang bertanggungjawab langsung terhadapnya .

2. Wala'

Kesetiaan dan kejujuran kita terhadap perjuangan Islam yang didokong dengan PAS sebagai platform untuk menjayakannya , lalu menggapai objektif dan matlamat .

Tidak berlaku curang atau tidak mengkhianati perjuangan dengan melakukan sesuatu yang bukan sahaja bercanggah dengan dasar perjuangan tetapi juga mendedahkan jamaah kepada risiko ekoran tindakan kita yang kurang berhati - hati seperti mengakibatkan kebocoran rahsia dan lainnya .

Jangan sekali - kali bermain kayu 3 dengan jamaah yang akhirnya mencetus dilemma dalam melaksanakan arahan pimpinan . Antaranya sikap menyertai 2 atau 3 jamaah sekali gus kononnya didirikan atas kefahaman bahawa yang penting ialah Islam bukan jamaah , maka boleh menyertai mana - mana jamaah yang mahukan Islam .

Tindakan ini membawa kepada pecah wala' lalu timbul pula 'fatwa' kononnya wala' tidak wajib kecuali kepada Allah dan Rasul demi menghalalkan tindakan mereka menyertai 2 atau 3 jamaah secara serentak .

Menyertai 2 atau 3 jamaah serentak sebenarnya menggangu proses pembinaan secara terancang dan mencetuskan kekeliruan fikrah serta membawa kepada dilemma dalam ketaatan dan komitmen . [ perbincangan panjang dan jelas telah saya tulis dalam kertas kerja saya yang bertajuk Ummah Centric : satu kekeliruan . ]

3. Dengar dan Taat.

Melancarkan misi dan operasi yang telah dirancang demi mencapai objektif dan matlamat perjuangan suci ini pastinya dengar dan taat adalah mekanisme yang tidak dapat tidak mesti dihayati dan dilaksanakan .

Kita tidak selayaknya mengklasifikasikan ketaatan kita kepada pimpinan dan jamaah selama mana ia tidak mengheret kita dan jamaah ke kancah maksiat dan mungkar . Sekalipun pemimpin yang mengeluarkan arahan hanya seorang junior atau pimpinan bertaraf cawangan , jika kita bertanggungjawab langsung dengan arahan tersebut maka hendaklah ianya dilaksanakan dengan penuh amanah .

4. Ukhuwwah fillah

Jalinan persaudaraan antara ahli PAS mestilah diikat dengan semangat berlapang dada , berbaik sangka , tawadhu' atau merendah diri antara satu sama lain , kasihkan saudara sebagaimana kita kasih kepada diri sendiri , mengutamakan kebaikan buat saudara kita mengatasi diri sendiri .

Eratnya jalinan antara ahli sesama ahli dan ahli dengan pimpinan membentuk benteng kukuh buat jamaah dari sebarang anasir yang merosakkan struktur kepimpinan dan pentarbiyahan jamaah .

Usaha dan aktiviti yang menumbuhkan kemesraan sesama ahli atau program yang menanam rasa kasih yang mendalam mestilah diberikan keutamaan . Justeru ukhuwwah yang terbina utuh antara ahli dan pimpinan akan meminimakan ruang khilaf dan menutup peluang krisis .

5. Tadhiyyah [ pengorbanan ]

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan malah pengorbanan antara pra syarat kemenangan . Sukar untuk kita jayakan misi dan visi perjuangan besar ini tanpa pengorbanan semua pihak . Mengorbankan tenaga , harta benda dan nyawa demi perjuangan Islam ini sememangnya telah diwartakan oleh Allah dalam al Quran sebagai sunnah perjuangan sejak zaman Nabi saw.

Kegagalan berkorban memerangkap diri dan jamaah dalam kelemahan yang tidak mungkin boleh diatasi .

Terutama kita berjuang di era menang , kedengaran akhir - akhir ini suara yang mahu titik peluh dan penat lelahnya untuk perjuangan ini dibayar dengan imbuhan dunia . Tanpa imbuhan atau perolehan lumayan maka tiada tenaga jauh sekali nyawa untuk perjuangan . Ini satu musibah !

Pengorbanan adalah tuntutan perjuangan yang sama samaada sebelum atau selepas menang . Tanpa pengorbanan terlalu sukar untuk kita mencapai kemenangan sebagaimana jua tanpa pengorbanan pasti sahaja kemenangan yang dicapai tidak akan bertahan lama .

TEMASYA SUKANEKA PASTI KAWASAN MACHANG 2014

 







Temasya Sukaneka PASTI Kawasan Machang Tahun 2014 Telah Diadakan Dengan Jayaan Bertempat Di Perkarangan Pejabat Adun Temangan, Batu 30,,,Terima Kasih Kepada Semua Yang Menjayakannya,,,Diariku Seorang Pengerusi Jabatan PASTI Kawasan Machang Sesi 2013/2015

DAKWAH DAN UJIAN

Hidup manusia adalah penuh dengan ujian, dugaan, kesusahan, rintangan dan cubaan. Adalah mustahil bagi seseorang manusia dapat hidup tanpa menempuh ujian dan dugaan. Ini semua berlaku kepada manusia biasa. Bagaimana pula dengan para pendakwah dan pejuang Islam?
Tentulah mereka lebih banyak dan hebat ujian yang diterima. Setiap orang yang berjuang pada jalan Allah, berdakwah mengajak meninggalkan perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu dan menerima ajaran Islam ; MAKA sudah tentu akan ditentang dan diperangi oleh golongan Taghut dan pendokong kebatilan. Mereka menjalankan amar makruf nahi mungkar akan ditentang oleh pendokong kemungkaran. Firman Allah,

وما نقموا منهم إلا أن يؤمنوا بالله العزيز الحميد 
Maksudnya, “ Dan tidak mereka menyiksa mereka melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Terpuji “.

Surah al-Buruj : 8.

Oleh yang demikian hidup pendokong gerakan Islam sentiasa dalam ujian, tekanan, fitnah dan dugaan yang tidak putus-putus. Apatah lagi gerakan dakwah Islamiyah menentang segala bentuk kezaliman dan maksiat, menentang Jahiliyah dalam semua bentuk dan corak samada kebudayaan, pemikiran, perlembagaan, sistem dan lain-lain.

Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah Islamiyah juga merupakan suatu pengertian KHUSUS yang tidak terdapat dalam mana-mana gerakan yang tidak islamik. Malah Allah Ta’ala telah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa dakwah Islamiyah memakan masa dan penuh kesusahan. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 42,

لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة .. 
Maksudnya, “ Kalaulah ia (perjuangan Islam) merupakan habuan dunia yang dekat dan perjalanan yang senang (ditujui) dan pendek nescaya mereka akan mengikut engkau TETAPI perjalanan itu jauh dan penuh kesusahan”.


Berkata Imam Ibn al-Qayyim, “ Wahai mereka yang pondan keazamannya, jalan dakwah ini ialah jalan yang mana Nabi Adam telah penat, Nabi Nuh telah mengeluh (mengadu), Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Nabi Ismail disembelih, Nabi Zakariyya digergaji dan Nabi Yahya disembelih”.

UJIAN ADALAH SATU CARA DIDIKAN (TARBIYYAH)

Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah adalah suatu cara yang penting UNTUK membina dan membentuk peribadi seseorang pejuang dan da’i, suatu asas pemilihan dalam pimpinan Islam; siapa yang tahan uji maka dialah yang layak memegang teraju pimpinan begitulah sebaliknya WALAUPUN mempunyai ijazah yang tinggi atau pandai berpidato,kerana dengan ujian akan lahirlah mereka yang kuat iman, dan juga dan juga mereka yang munafik,Firman Allah, >

Maksudnya ,Dan ada diantara manusia yang berkata,kami telah beriman dengan Allah,maka apabila di uji pada jalan Allah dia menganggap ujian dari manusia itu sama seperti azab dari Allah……….dan sesungguhnya Allah akan mengetahui mereka yang beriman dan mengetahui orang yang munafikin”.

- al-‘Ankabut : 11 - 15.

FirmanNya lagi:

ليميز الله الخبيث من الطيب 
Maksudnya ,Supaya Allah dapat membeza yang baik dari yang buruk “.

- Surah al-Anfal : 37

Telah menjadi sunatullah bahawa kebenaran akan terus bertarung dengan kebatalan , apabila lahirnya sesuatu kebenaran maka turut lahirlah kepalsuan untuk menentangnya , dan untuk menutup dan menghancurkannya.Firman Allah dalam surah Al-Jin ayat 19,

وأنه لما قام عبدالله يدعوه كادوا يكونون عليه لبدا قل إنما أدعو ربى ولاأشرك به أحدا

Maksudnya ,’Dan sesungguhnya apabila bangun sesearang hamba Allah menjalankan dakwah,hampirlah mereka bermuafakat menentangnya .Katakanlah sesungguhnya aku menyembah tuhanku dan tidak aku syirik dengannya seseorang jua pun”.

dan firmanNya :

يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون


Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang - orang kafir”


Sejak lahirnya para Rasul dan para pendakwah lagi pertarungan di antara mereka dan golongan pendukung parti Syaitan dan kebatilan wujud. Apabila Allah menjadikan Nabi Adam maka Iblis berusaha siang dan malam untuk menentang Nabi Adam ,Nabi Nuh ditentang kaumnya , anak dan isterinya , Nabi Ibrahim ditentang oleh Raja Namrud dan kaumnya , Nabi Musa ditentang oleh Firaun , Haman ,Qarun, Musa Samiriy , dan Bal’am bin Ba’ura .Nabi Muhammad ditentang oleh keluarganya dan musyrikin Makkah , sebab itulah Nabi Muhammad bersabda :

إن أشد الناس بلاء الأنبياء ثم الأمثال فالأمثال,,,, رواه الترمذى


Maksudnya, “Sesungguhnya manusia yang dahsyat ujian di antara manusia ialah Para Ambia’, kemudian orang yang yang hampir sama dengan mereka,”

dan sabdanya lagi,

إذا أراد الله بعبد خيرا عجل له العقوبة في الدنيا 
رواه الترمذى والحاكم والبيهقى
Maksudnya:Apabila Allah mengehendaki dengan seseorang hamba akan kebajikan nescaya menyegerakan baginya siksaan di dunia.”

Sebab itulah seruluh Nabi dan Rasul mrnempuh berbagai - bagai ujian dan dugaan makin besar darjat kenabian dan kerasulan mereka makin besar pula ujian yang diterima dari Allah , begitu juga para pendakwah dan pejuang Islam yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik.

Para sahabat Rasulullah diuji dengan dengan berbagai - bagai ujian. Khususnya para Muhajirin, sehingga Allah mencatit sejarah ujian mereka dalam Al - Quran, FirmanNya:

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين ءامنوا متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب .. البقرة 214

Maksudnya,” Adakah kamu menyangka bahawa kamu dapat memasuki syurga , padahal belum datang kepada kamu contoh mereka - mereka yang sebelum kamu, mereka ditimpa kesusahan,kemiskinan dan bala petaka dan mereka digoncang dengan ujian, sehingga berkata para sahabat yang berada bersama - sama Rasulullah , bilakah pertolongan Allah datang ? Tidaklah pertolongan Allah itu hampir".


Para sahabat Rasulullah di zaman Makki diuji dengan berbagai - bagai ujian ada diantara mereka yang dibunuh, mereka diseksa, dipukul dan sebagainya. Sebagai contoh ;Khubaib Bin Adiy ditangkap dan diseksa kemudian dijual kepada seorang ketua kafir untuk dibunuh dan disula dan sebelum dibunuh beliau disula dan dipotong-potongkan anggotanya tetapi beliau tetap mengatakan لا إ له إلا الله محمد رسول الله hinggalah beliau mati dengan iman yang kuat.

Di zaman para Tabiin dan Al- Tabii tidak kurang juga ujian yangditerima oleh pendakwah dan alim ulama ‘ sebagai contoh :

· Said bin Jubair disembelih oleh Al - Hajaj bin Yusof Al Thaqafi 
· Imam Abu Hanifah ditangkap dan diseksa 
· Imam Al Shafei di tangkap 
· Imam Ahmad Bin Hambal di tangkap , dipukul dan diseksa


Di zaman kerajaan Tartar dan di zaman berikutnya banyak para pendakwah, alim ulama’ tangkap , dipenjara dan diseksa ,termasuklah Iman Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim.

Di zaman moden ini ramai pendakwah dan pejuang Islam yang ditangkap dan diseksa serta dibunuh. Di antara mereka ialah Imam as-Syahid Hassan alBanna, Sayyid Qutb, as-Syahid Abdul Qadir ‘Audah dan lain-lain.

Dalam hal ini, Imam Hassan al-Banna menegaskan dalam bukunya, بين الأمس واليوم ;

“ Saya suka berterus terang kepada tuan-tuan sekalian bahawa sesungguhnya dakwah kamu ini masih belum dikenali oleh kebanyakan manusia. Dan di hari mereka dikenali dan diketahui tujuan serta matlamat perjuangan , kamu akan menerima tentangan yang paling hebat, permusuhan yang keras dan kamu akan berhadapan dengan kesusahan dan rintangan yang amat banyak, Dan di masa itulah kamu barulah mulai menjalani jalan-jalan para pendakwah.

Sekarang, kamu masih belum dikenali, kamu masih dalam peringkat merintis jalan dakwah serta masih dalam peringkat membuat persediaan untuk berjuang dan berjihad.

Kejahilan rakyat adalah menjadi batu penghalang yang besar di hadapan kamu Dan kamu akan jumpa di kalangan ahli agama Islam dan ulamak rasmi yang merasa pelik cara kamu memahami Islam serta mereka akan menafikan perjuangan kamu untuk membela ugama Islam. Dan kamu akan dapati seluruh pemimpin negara, ketua masyarakat dan mereka yang mempunyai kekuasaan dalam negara AKAN dengki dan memarahi kamu.

Dan seluruh kerajaan di dunia waktu itu akan bangun menentang secara bersama dan setiap kerajaan akan menghad dan menghalang keaktifan dan aktiviti-aktiviti kamu serta meletakkan batu penghalang di jalan-jalan kamu……mereka akan meminta bantuan dan kerjasama daripada kerajaan yang lemah dan orang yang tidak berakhlak mulia UNTUK menentang kamu. Dan semua mereka itu akan menimbulkan keraguan, kesamaran, kekeliruan dan tuduhan liar terhadap dakwah kamu.
Mereka akan meletakkan segala kelemahan dan kekurangan di atas dakwah kamu serta berusaha untuk mewujudkan/menjelaskan bahawa buruknya dakwah kamu kepada masyarakat umum DENGAN menggunakan kekuatan dan kekuasaan serta harta dan pengaruh mereka.

Firman Allah,

يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون - الصف : 6

Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang - orang kafir”

Kamu dengan itu tidak syak-ragu lagi telah memasuki ke dal;am tahap percubaan dan ujian….kamu akan dipenjara, ditangkap, dipindah kerja, diburu, dirampas hartabenda mu, dibekukan segala kerja dan aktiviti kamu, rumah dan kediaman kamu akan digeledah Dan mungkin ujian dan dugaan ini lama dan panjang masanya. Firman Allah lagi,

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لايفتنون - العنكبوت 2

Maksudnya, “ Adakah manusia menyangka bahawa mereka ditinggalkan oleh kerana mereka berkata “ Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? “.

Malah Allah telah berjanji dengan kamu selepas itu bahawa ia akan memberi pertolongan kepada seluruh Mujahidin”.

JENIS-JENIS UJIAN


Ujian dalam dakwah Islamiyah amat banyak sekali,ada yang bercorak ujian rohani dan ada yang bercorak jasmani dan kebendaan.

Syed Qutb dalam kitab في ظلا ل القرآن telah menggariskan jenis - jenis ujian yang dihadapi oleh para pendakwah.

1. Penyeksaan dan perkara - perkara yang menyakitkan hati pendakwah yang datang dari pendokong - pendokong gerakan yang batil.

2. Ujian anak isteri, keluarga, dan kekasih yang mana pendakwah takutkan mereka itu diseksa dan diuji dengan sebabnya.

3. Ujian kekayaan dan habuan dunia datang melimpah kepada penyokong - penyokong kebatilan,sedangkan para pendakwah kosong dari habuan seperti itu.

4. Ujian merasakan dirinya dagang dan keseorangan dalam dakwah Islamiah sedangkan orang ramai tidak menyokong kebenaran dan dakwah Islamiah , malah mereka bermuafakat menentang dakwah Islamiah.

5. Ujian perpecahan umat dan negara Islam dan walaupun mereka berpecah dan melakukan maksiat mereka dapat hikmah dari Allah.

6. Ujian keatas nyawa.
7. Ujian tekanan hawa nafsu dan keinginan 

8. Ujian tarikan hendak kekal di dunia ini. 

9. Ujian berat tulang dan daging atau ujian malah bergerak untuk menjalankan dakwah Islamiah danberjuang kerana Islam.



10.Ujian rindukan kepada harta benda dunia , pangkat serta kekuasaan. 

11.Ujian rindukan kepada kemewahan hidup di dunia dan tidak mahu bersusah payah. 

12.Ujian susah hendak kekal di atas Istiqamah dan tetap pendirian di atas jalan Iman, kerana lambat kejayaan dapat dicapai.

CARA MENGATASI UJIAN

Pendakwah - pendakwah apabila diduga denganujian dan cabaran atau tekanan dan sebagainya hendaklah dia menghadapi dengan cara - cara berikut :

1. Sabar dan tetap pendirian dalam menghadapi cabaran dan ujian disamping mencari jalan yang diredhai Allah bagi mengatasinya.

2. Membanyakkan membaca Al - Quran dan Doa kepada Allah.

3. Mengingati bahawa umur dunia amatlah pendek dan tidak mengharap agar dunia ini sebagai syurga.

4. Mengingati bahawa sudah menjadi sunnah Allah kepada manusia dalam hidup dunia ini diuji dengan berbagai ujian.

5. Mengingati bahawa para Rasul dan Nabi lebih kuat ujian dan godaan dari kita.

6. Mengingati bahawa semua ujian atau bala yang dikenakan ke atas kita bukanlah merupakan lontaran sesat tetapi mengikut sunnah Allah qada’ dan qadar daarinya.

7. Mengingati bahawa dalam sesuatu ujian dan godaan yang terkena kepada kita memang dengan tujuan dan hikmat yang banyak dan mungkin boleh menguatkan iman dan dapat menghilangkan karat dosa.

8. Mengingati bahawa nyawa kita dan harta benda dan apa saja yang ada pada kita ini semua milik Allah yang diberi pinjam buat sementara waktu saja dan kita sekelian hamba tak lebih dari itu.

9. Mengingati bahawa setiap ujian dan bala yang menimpa kita di dunia ini akan diberi pahala yang besar sekiranya kita tahan uji dan sabar menghadapinya.

Mengingati bahawa setiap bala dan ujian di serata dunia ini walau bagaimana pun besar dan dasyat sekalipun, sekeliannya tidak dapat dibandingkan dengan siksaan Allah di akhirat Nanti.
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates