Majlis Penyerahan Tugas Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang
Amanah adalah satu patah perkataan yang senang untuk diucapkan atau dilafazkan oleh seseorang manusia dengan menggunakan isi yang tidak bertulang iaitu lidah. Tapi sangat berat dan tidak terperi kesusahannya untuk melaksanakan dan merealisasikannya. Begitulah keadaan diriku yang lemah ini dibebani pula oleh tanggungjawab yang perlu saya pikul sebagai setiausaha baru Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang bermula semalam 06 Mei 2010.
Walaupun diri ini tidak layak memikul dan menerima amanah ini. Namun diri ini terpaksa demi jemaah dan perjuangan yang disayangi. Dua amanah yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan setiap insan tidak dapat dielakkan melainkan kita melakukan dalam keadaan suka atau benci, susah mahupun senang seperti mana yang telah disabdakan oleh junjungan besar S.A.W dalam kitab Syarah Nawawi `ala Sohih Muslim:
“Atas seseorang muslim itu adalah dengar dan patuh, walau dalam keadaan suka atau benci kepadanya”
Juga seperti yang termaktub dalam kitab Risalah Ta`alim, As-syahid Hasan Al-Bana ada berwasiat pada rukun Bai`ah yang ke-6 iaitu Taat:
“Menanggung segala arahan, dan melaksanakannya samada dalam keadan susah mahupun senang, benci atau suka”…..
InsyaAllah bebanan yang berat ini akan saya pikul dengan sedaya upaya yang ada. Nabi S.A.W bersabda:
Wahai manusia! Setiap sesuatu ada pemandunya, pemandu kepada manusia adalah akal. Orang paling bijak berdalil dan mengenali hujah ia adalah yang paling baik akalnya”.
”Beristiqamah dan berdisiplin juga adalah tanggungjawab dan amanah, keretakan padanya selain membawa padah kepada diri sendiri juga akan menggoncang keutuhan jamaah dan perjuangan. Setiap kita mestilah berusaha mengelak daripada menjadi beban kepada jemaah, semakin kita berada diatas, semakin besalah kesan daripada perlakuan dan tindakan kita”
0 ulasan:
Catat Ulasan