PULAU PINANG, 7 Jan: PAS bangga dengan kecekalan ayah kepada Adam Adli kerana begitu konsisten terhadap perjuangan yang digerakkan oleh anaknya walaupun tahu perjuangan Adam Adli (gambar) bakal berhadapan dengan ugutan, tohmahan dan ancaman.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menziarahi keluarga Adam Adli di salah satu kawasan parlimen di Seberang Perai berkata, apa yang dicakapkan oleh bapanya, Abdul Halim Hamid merupakan teras dan boleh dijadikan kekuatan untuk Adam Adli meneruskan usahanya memastikan Akta Univesiti dan Kolej Univesiti (AUKU) benar-benar dihapuskan.
"Mendengar cakap Abdul Halim Hamid saya selaku Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terasa bangga terhadap sokongan padunya. Sebagai ayah beliau sanggup bersama anaknya biar dalam keadaan susah dan senang. Orang politik pun belum tentu boleh buat macam dia, " tegasnya.
Adam Adli adalah palajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah menurunkan gambar datuk Seri Najib ketika mahaiswa berhimpun di perkarangan bangunan Umno di PWTC.
Akibat kesalahan itu beliau dikecam dan dikutuk oleh Umno tanpa batasan sehingga UPSI bertindak ke atasnya.
Tindakan para mahasiswa terlibat, kata Dr Mujahid, bukan ada kaitan dengan desakan mana-mana parti politik pembangkang tetapi sebaliknya atas rasa keprihatinan dan kesungguhan menyelamatkan maruah negara yang sudah tergadai.
Perjuangan mahasiswa selama ini bukanya perkara baru untuk memastikan AUKU ditiadakan bagi membolehkan mahasiswa meluahkan pandangan secara demokrasi serta mewujudkan seorang mahasiswa yang berkalibar tidak hanya menjadi mahasiswa pak angguk.
"Mahasiswa ada hak menentukan masa depan mereka walaupun terpaksa menentang AUKU sebab AUKU melahirkan mahasiswa yang tidak matang dan penakut, " terang Mujahid (gambar kiri) yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.
Susah untuk melihat kebangkitan mahasiswa seperti yang digerakan oleh Adam Adli, Muhamad Safwan Anang dan rakanya semata-mata untuk kemakmuran, kesejahteraan, ketelusan dan kebebasan terjamin, jelas beliau.
Sebelum ini hanya orang politik pembangkang menyuarakan pandangan mengenai kebebasan bersuara tetapi kini ia telah menular di kalangan cerdik pandai atau golongan ketiga yang tiada mempunyai kepentingan politik.
Bila golongan terbabit mempunyai kesedaran yang tinggi dan mahukan perubahan ketara terhadap Malaysia itu menandakan satu gelombang kebangkitan anak muda yang sukar dibendung terutamanya ketika negara bakal berhadapan dengan Pilihanraya Umum ke 13.
"BN sebenarnya takut untuk berhadapan dengan golongan muda terutamanya mahasiswa sebab itu apa yang digerakan oleh mahasiswa cuba disekat supaya kemaraan jiwa muda tidak melarat sehingga boleh menggugat kedudukan politik jahat kepimpinan BN, " terangnya.
Turut menziarahi keluarga Adam Adli ialah Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husein, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Bekas Ketua Lajnah Penerangan PAS Negeri, Zulkifly Md Lazim dan beberapa orang aktivis parti.
Pada pertemuan tersebut rombongan turut mengadakan sembahyang hajat di kediamanya sebagai langkah memperkuatkan akidah Adam Adli dan 17 rakanya yang kini berhadapan dengan berbagai kemungkinan.
Pada 31 Disemer 2011 negara terpalit satu lagi peristiwa keganasan pihak polis apabila bertindak kasar menghuraikan perhimpunan mahasiswa di hadapan Univesiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mahukan kerajaan Malaysia menghapuskan AUKU yang didakwa menyekat kebebasan mahasiswa.
Pada perhimpunan itu Adam Adli ditahan bersama rakanya yang lain manakala Saudara Muhamad Safwan Awang terpaksa dimasukan ke hospital akibat tindakan ganas polis.
RUMAHKU SYURGAKU
-
Bicara Santai Selain Politik. 01
25 Rabiul Awwal 1439 / 15 Dec 2017
*RUMAHKU SYURGAKU*
Oleh : Pendekar Sakti
1. Sebahagian masalah hidup ialah serabut at...
6 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan