Seorang cucu bertanya kepada neneknya yang sedang menulis sebuah surat :
“Nenek menulis apa? Tentang cucu?”
Mendengar pertanyaan si cucu, sang nenek berhenti menulis dan berkata kepada cucunya,
“Iya, nenek sedang menulis tentang kamu cucuku sayang.."ujar nenek dengan penuh kasih sayang.
"Tapi ada yang lebih penting dari isi tulisan nenek ini, iaitu pensil yang nenek pakai sekarang ini ”tambah nenek lagi.
“Pensil ini mempunyai pengajaran berguna yang mampu membuat cucu selalu tenang dalam menjalani hidup, kalau cucu selalu memegang prinsip-prinsip berdasarkan pensel ini di dalam hidup cucu.”
Si nenek kemudian menjelaskan kepada cucunya :
==========================
“Dengan sebatang pensel,cucu mampu menghasillkan lukisan yang begitu cantik .Juga cucu mampu menulis puisi yang begitu indah.Tapi saat cucu menulis dan melukis itu,cucu hendaklah sentiasa sedar bahawa ada tangan yang mengorak haluan tangan cucu semasa menulis dan melukis.
Begitulah jua dalam kehidupan cucu,sehebat mana setiap perkara yang cucu lakukan,selalu ingat bahawa Allah lah yang membimbing dan membantu cucu menjadi manusia yang hebat.Jadi jangan cucu sombong dan takbur andai mana cucu menjadi manusia hebat kelak.Nenek risau andai "tangan" yang membimbing itu tidak lagi membantu.
===============
“Cucuku sayang, dalam proses menulis, kadang-kala beberapa kali kita harus berhenti dan menggunakan pengasah untuk menajamkan kembali pensil. Semasa meraut pensel untuk membuatnya tajam,pasti akan membuat si pensil menderita. Tapi setelah proses meraut selesai, si pensil akan mendapatkan ketajamannya kembali.
Begitu juga dengan cucu, dalam hidup ini kamu harus berani menerima penderitaan dan kesusahan, kerana merekalah yang akan membuat cucu menjadi orang yang lebih baik kelak.Kata orang,bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.Itulah rencah kehidupan cu..
=======================
"Cucu,apa cucu buat kalau tersalah tulis atau tersilap lukis? Pasti cucu cepat-cepat padam bukan..?
Begitulah juga dalam kehidupan cucu.Kita sentiasa diberikan kesempatan untuk menghapuskan kesilapan-kesilapan dahulu.Allah sentiasa memberikan ruang dan peluang kepada hambanNya untuk bertaubat memohon ampun kepadanya.Jadi cucuku,andai pernah melakukan dosa dan maksiat,ingatlah bahawa kita sentiasa diberi peluang untuk kembali ke jalan yang benar.Kesalahan yang lalu mampu dihapuskan,andai kita memadamkannya dengan bertaubat kepada Allah.
=======================
"Cuba cucu lihat pensel ini.Bahagian dalam pensel ini yang penting,iaitu karbonnya.Bahagian luarnya hanya sebagai pengukuh sahaja.
Begitulah juga dalam hidup cucu.Bahagian dalaman cucu itu yang penting,yang mampu menghasilkan sesuatu yang hebat.Allah juga melihat takwa dalam diri hambanya,bukan melihat pada rupa paras hambaNya.Kerana itu cucu,sentiasalah meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah,kerana dengan itulah cucu akan berada di taraf yang tinggi di sisi Allah S.W.T.
=======================
Perkara terakhir yang cucu perlu ambil pengajaran daripada pensel ini,cucu hendaklah sentiasa ingat.Setiap lakaran dan tulisan dari pensel ini meninggalkan kesan,meninggalkan garis-garis yang membentuk tulisan dan tulisan.Tapi cucu harus ingat,tidak semua tulisan dan lukisan itu disenangi semua orang.Ada yang benci,ada yang dengki dan mungkin juga akan ada yang mengkhianati.
Seperti juga kamu, cucu hendaklah sedar bahawa apapun yang cucu lakukan,hati-hatilah.Berwaspadalah dalam setiap tindakan.Cucu tidak akan sesekali mampu menyenangkan hati semua pihak.Mungkin ada manusia yang kecil hati dan iri hati dengan apa yang cucu lakukan.Oleh karena itu,cucu hendaklah selalu berusaha menjaga setiap tingkah laku cucu,agar cucu sentiasa dalam lindungan rahmatNya.
======================
Kepada cucu-cucu semua,sama-samalah mengambil iktibar.
Terima kasih nenek :)
-mengambil ibrah dari kisah-kisah dahulu :)
0 ulasan:
Catat Ulasan