Tunggang Nafsumu

Suatu hari,seorang pemuda diserahkan ayahnya kepada seorang guru.Beliau berharap guru tersebut dapat mendidik anaknya cara mengawal nafsu.Mudah-mudahan anaknya mampu menjadi anak yang soleh.
“Siapkan bekalan.Mari ikut saya bermusafir.”kata guru sufi tersebut kepada anak murid barunya.

Mereka pun memulakan perjalanan.Akhirnya,mereka sampai ke satu bukit.
“Kita akan mendaki bukit ini.”Kata sang guru.
“Tapi,kita akan membeli keldai terlebih dahulu.”tambah gurunya.
 Dalam hati si murid,dia berasa sangat lega kerana dia sudah mula merasa keletihan berjalan kaki.Setelah si guru membeli dua ekor keldai,dia berkata:

“Sekarang ada dua ekor keldai,saya akan menunggang seekor dan seekor lagi,kamu harus memikulnya!

“Apa?”soal si murid.

“Sudah,kamu jangan banyak soal,pikul keldai ini ke atas bukit ini.”Si guru bertegas.

Maka dengan penat lelah,dia memikul keldai menaiki bukit.Dia betul-betul keletihan.Namun,belum sampai separuh perjalanan,pemuda itu terjatuh kerana terlalu letih.Hampir dia pengsan.Namun sempat diredakan oleh si guru.

Setelah merawat si pemuda,dan memberinya minuman,guru sufi itu berkata:

“Anakmu,keldai itu umpama nafsumu,kau akan disusahkannya.Jiwa,hati dan badanmu akan keletihan.Nafsu itu kehendaknya tiada batas dan tidak akan pernah puas.Ia samalah dengan kamu menaiki bukit yang tinggi sambil memikul keldai.

Si murid terdiam.

“Sebaliknya,jika kau menunggangi nafsu dan mengawalnya dengan baik,kau akan dapat kemudahan dalam menjalani kehidupan.

Si murid tersenyum,walau keletihan.Kerana dia belajar sesuatu yang berguna daripada gurunya.

===================================

Nafsu itu sangat berguna,selagi nafsu itu menjadi hamba,dan kita tuannya.
Nafsu kita di bagaimana?Dikawal atau mengawal?
Mujahadah itu pahit,tapi syurga itu manis.

0 ulasan:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates