KUALA LUMPUR, 6 Okt: Belanjawan alternatif yang
dibentangkan oleh Pakatan Rakyat ternyata memberikan lebih banyak
manfaat kepada rakyat berbanding belanjawan Kerajaan BN.
Belanjawan tersebut ternyata turut mengambil pendekatan yang berbeza
berbanding belanjawan BN, dengan sedikit struktur yang memberikan lebih
banyak kuasa kepada kerajaan negeri bagi memudahkan pengagihan kekayaan
negara dilakukan kepada rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, dengan memberikan
lebih banyak keistimewaan atau kuasa kepada kerajaan negeri, kerajaan
negeri dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi mengagihkan
kekayaan negera secara menyeluruh kepada rakyat bagi segenap peringkat.
Menurut beliau, dalam masa yang sama, Kerajaan Pakatan Rakyat turut
mengambil tindakan amat bertanggungjawab dengan tidak melakukan kenaikan
mendadak terhadap harga barangan keperluan rakyat.
Katanya, ini menyebabkan rakyat akan dapat hidup dengan lebih selesa
disebabkan tidak mengalami bebanan dengan kenaikan harga barangan dan
kos sara hidup.
"Belanjawan yang dibentangkan itu turut berjaya mengurangkan defisit
sehingga 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),
berbanding BN sebanyak 6 peratus," katanya ketika ditemui di bangunan
Parlimen, di sini, hari ini bagi mengulas belanjawan Pakatan Rakyat yang
dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.
Dalam usaha mengurangkan defisit, menurut beliau, antara langkah yang
dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan mengurangkan perbelanjaan
Kementerian Pertahanan termasuk pengurangan pembelian peralatan mega
bagi kementerian itu.
Katanya, sebaliknya, Kerajaan Pakatan Rakyat ternyata lebih
mementingkan kemudahan dan keselasaan kepada rakyat berbanding perkara
lain dalam menyediakan bajet tersebut.
"Mengenai defisit, ia ternyata tidak dapat dielakkan, lebih-lebih
lagi pada tahun hadapan yang dijangkakan berlaku kemerosotan ekonomi
dunia," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Walaupun begitu, atas sikap tanggungjawab dan kebijaksaan para
pemimpin Pakatan Rakyat, belanjawan yang dibentangkan itu tetap berjaya
mengurangkan defisit sehingga pada kadar 4.4 peratus.
Dengan realiti itu, kejujuran Pakatan Rakyat dalam membentangkan
bajet tersebut sememangnya tidak dapat dinafikan oleh sebarang pihak.
"Ia ternyata bukan bajet pilihanraya seperti yang dilakukan oleh BN
yang begitu banyak menjanjikan program keseronokan, tetapi ternyata
belanjawan yang amat bertanggungjawab kepada seluruh rakyat," tegasnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
berkata, belanjawan Pakatan Rakyat bagi tahun 2012 itu amat bertepatan
dengan temanya, Kesejahteraan Untuk Semua kerana ia ternyata memberikan
pelbagai keistimewaan kepada rakyat.
Katanya, antara buktinya, bagi mereka yang mempunyai pendapatan 60
peratus ke bawah, mereka akan mendapat bantuan kewangan dari kerajaan
dengan serta merta.
"Gaji minima bagi setiap pekerja yang berkelulusan diploma atau yang
setaraf dengannya sebanyak RM1,100 sebulan, manakala bagi wanita yang
tidak bekerja akan diiktiraf sebagai suri rumah dan akan mendapat gaji
sebanyak RM1,000 setahun," katanya yang juga Naib Presiden PKR.
Bagi golongan muda pula, menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat
turut menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta menerusi pelaksanaan
program khas untuk mereka ke arah penambahbaikan terhadap negara.
Manakala Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee pula
berkata, belanjawan tersebut ternyata satu belanjawan yang tidak
membazirkan wang rakyat atas perolehan negara dengan tidak melakukan
perbelanjaan yang tidak wajar.
Menurut beliau, sebaliknya, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menggunakan
wang negara secara langsung kepada rakyat, berbanding BN yang
memperolehi hasil amat banyak tetapi tidak dapat dirasai oleh rakyat
secara menyeluruh.
"Ini amat berbeza dengan belanjawan yang dibentangkan Pakatan Rakyat
dengan menyediakan subsidi kepada rakyat dan boleh diperolehi secara
terus oleh rakyat termasuk suri rumah dan warga emas," katanya.
Wang yang diperolehi oleh rakyat, menurut beliau, amat berguna kepada
negara kerana ia akan memantapkan ekonomi keluarga dan apabila
dibelanjakan, pasti akan merangsang dan mempertingkatkan pula kekuatan
ekonomi negara.
"Kerajaan Pakatan Rakyat ternyata berbelanja dengan lebih berhemah,
defisit yang dialami sebanyak 4.4 peratus ternyata lebih
bertanggungjawab, berbanding BN.
"Sebenarnya, kerajaan tetap memerlukan defisit untuk memperkukuhkan
ekonomi negara, lebih-lebih lagi untuk menghadapi gelombang kemerosot
ekonomi dunia pada tahun hadapan," ujar beliau yang juga Setiausaha
Publisiti DAP.
RUMAHKU SYURGAKU
-
Bicara Santai Selain Politik. 01
25 Rabiul Awwal 1439 / 15 Dec 2017
*RUMAHKU SYURGAKU*
Oleh : Pendekar Sakti
1. Sebahagian masalah hidup ialah serabut at...
6 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan