KOTA BHARU, 6 Okt:
Kerajaan Kelantan akan mengadakan majlis kesyukuran ekoran perakuan
oleh semua pihak khususnya rakyat terhadap Enakmen Syariah Kanun Jenayah
Syariah II 1993 (Hudud) negeri itu.
Program yang diberi nama
Himpunan Kesyukuran itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad
ke-IV dengan acara kemuncak ceramah perdana oleh tiga tokoh pemimpin
Pakatan Rakyat jam 9 malam ini.
Mereka adalah Mursyidul Am PAS,
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan
Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum
itu, pada jam 2 petang ini akan berlangsung forum tertutup di Dewan
Teratai SUK bagi membincangkan isu tersebut bersama kakitangan awam
negeri ini.
Ianya akan menampilkan tiga orang panel iaitu Ketua
Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Mohamed Daud Al-Iraqi, Ketua Hakim
Mahkamah Syariah Datuk Daud Mohamad dan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul
Aziz Bari.
Pada jam 5 hingga 7 petang pula akan diadakan majlis
Jamuan Rakyat di perkarangan stadium yang kemudiannya disusuli solat
Maghrib, solat hajat dan tazkirah oleh Anggota Dewan Negara Datuk Dr
Johari Mat
RUMAHKU SYURGAKU
-
Bicara Santai Selain Politik. 01
25 Rabiul Awwal 1439 / 15 Dec 2017
*RUMAHKU SYURGAKU*
Oleh : Pendekar Sakti
1. Sebahagian masalah hidup ialah serabut at...
6 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan